Part 1
Al kisah bermula la suatu petang yang agak panas cuacanya di perkampungan Sri Meranti..Aku telah di datangi oleh 2 orang yang tak di kenal.
Mereka memberi salam kepada kami. Assalamualaikum….
Walaikumussalam kami jawab (Jawab salam tu wajib tau)hehehe.
Kedatangan mereka di sambut baik oleh aku,bro dan sahabat yang lain. ''Dalam hati" apa hajat mereka datang ni yer. Al maklum la surau kat bawah kaki bukit tu dah lama tak berpenghuni.Bukan tak memakmurkan rumah Allah tu.Keadaan tika itu tak mengizinkan aku berbuat demikian,sekali sekala aku singgah untuk solat zohor.Tapi kebiasaannya solat magrib dan isyak la sebab time tu free.Kadang aku iman dan ada kalanya bro imam..Ok.
Sementara itu aku bertaaruf sedikit dan kemudian aku masuk untuk menghidangkan minuman.Tah ape yang bro berborak aku pon tak tahu..
Sedang rancak berborak mereka memperlawa untuk menyertai mereka di surau pada malam ni..InsyaAllah aku kata padanya ~dalam hati "ni mesti geng tu punya..'Ish….ish !! tak baik suit ko menduga macam tu.Betol ape..betah hati aku.hehehe
Dulu time kecik2 aku pernah menyertai mereka di satu lokasi.(setengah hari je pon…tak bawa baju punya pasal.)Begitu la cara mereka menarik orang untuk menyertai mereka dengan datang ke rumah-rumah menyampaikan mesej.Kebiasaan mereka datang selepas waktu asar.Aku puji cara.
Berbalik pada isu di atas… kisah iman & ilmu mana lebih penting..
Bermula la dialog kami.
Orang tu : Kamu ini islam ker.?
Aku : Dalam hati bengkek beb~sah-sah la kami ini islam.Point
pertama dah mengena..Tak pe aku simpan dulu.
Orang itu : Berapa orang tinggal kat sini?
Bro : 4 orang.
Orang tu : Kerja kat mana…Kerja ape
Bro : Kerja kat UTM…Research assistant (RA)
Aku : Bila sampai sini..
Orang tu : Malam tadi..Kami datang buat majlis sikit.Datang la majlis malam
ni.
Kami : InsyaAllah biiznilla (kalau di izinkan Allah)
Aku : Majlis ape yang abg,pakcik nak buat kat surau bawah tu..!!!
Orang tu : Majlis Zikir Iman dan Amal…
Kami : Majlis Zikir Iman Dan Amal ????Pelik ni..Nak kena pergi gak malam
ni nak tahu macam mana.(aku set time aku dengan bro dan
kawan)pergi time azan magrib.
Orang tu : Kadang-kadang hidup kita(pakcik) ni kosong je.Sebelum ni pakcik
tak join pon benda-benda macam ni..Pakcik fikir macam mana akhir
hidup kita,anak,isteri kita,aurat,keruntuhan moral
remaja..Teruk-teruk semuanya.Allah-allah.Tu yang pakcik masuk
dengan dia orang ni.(dalam hati aku..bagus la macam tu)
Sorang lagi cerita dia masuk ni sejuk hati dia hidup dalam jamaah.Dulu aku sekolah biasa jer.Agama pon sikit tak banyak..
aku belajar jer join ni.Nak kongsi ilmu.~macam2 la pakcik
tu cerita…Aku pon dah tak berapa ingat sangat ape yang pakcik tu
cerita.Yang sorang tu dah setahun join ..
Aku : Dalam hati fine la..Syukurlah
Bro : Bro cerita la pengalaman dia belajar kat Bagan serai Ipoh
(Madiwa)~aku tak cerita pon yang aku belajar kat Al-Azhar…diam
membisu jew..heheheh
Tiba2 lak pak cik tu cerita pasal iman
Orang tu : Iman penting..Kalau tak ada iman hidup kita macam tu la ini
la.(tak berapa ingat ape yang di ceritakan lebih kurang macam ni
la)
Bro : Kalau tak ada ilmu macam plak..tegas bro!!!
Orang tu : Orang tu diam ..Iman lagi penting.Kalau tak ada iman kita tak jadi
seperti ini sekarang.Kita syukur hidup2 jer dah ada iman dari mak
ayah kita yang islam…(blah2 la dia cakap.`hati aku )
Dia cuba pertahankan hujah dia…Ok fine
Bro : Dalam al-Quran surah al-alaq ada sebut awal2 lagi…Iqra'
bismirabikal lazi holaq..(Bacalah dengan nama tuhan mu yang
menjadikan kamu.)
Ayat ni pertama dalam surah ni berbunyi bacalah,ini menunjukkan
ilmu itu sesuatu yang
penting.Nak tunjukkan ilmu tu awla dari iman..Nabi S.A.W terima
wahyu melalui perantaraan malaikat jibril..Jibril suruh nabi baca
Iqra' Bacalah..3 kali nabi jawab tak tahu.so membaca itu sesuatu
yang penting.
Aku : Macam mana pulak pakcik boleh cakap iman lebih penting…
Orang tu : Pak cik tu diam sekejap…Cerita kisah nabi-nabi.Adap-adap la..
Blah…blah…blah.
Aku : Fine..Nak cerita kisah nabi kena ada ilmu betol tak..(Orang tu
diam) aik macam nak perang la plak…
Bro : Mintak maaf kalau cakap pasal masalah ni..banyak dah saya
dengar.Dulu time belajar dulu,masa tu nak exam ni.Datang la orang
ni..blah2 bro cerita.time tu memang buzy nak
exam. Datang dah la time2 orang nak mengulangkaji buku nota..al
maklum la nak exam.Tanya macam2 semua…Dush.!!!!!.
Satu kisah lagi orang ni datang jumpa seorang ustaz(bro) nak
cerita bab iman..Ustaz tu cakap ko balik cari ape itu iman baru
datang jumpa aku.Terdiam orang tu.
Point yang aku nak sampaikan ni : -
1- Kalau nak bercakap tu tengok orang dulu..Jangan main balun jer cakap…Macam di awal2 bab tadi.~tak patut Tanya kalau dah tahu orang itu islam..Memberi salam itu di tuntut dan menjawab salam itu wajib…Tak jawab salam berdosa..
2- Kalau nak bercakap tu hati-hati..Jangan jadi jahil plak…Ilmu dan iman mana lebih penting…Sah2 la ilmu penting,kalau tak ada ilmu macam mana nak cakap pasal iman(sah2 orang tu jahil)Semoga Allah memberi taufiq kepadanya.
3- Hidayah itu milik Allah.So dia berhak memberi kepada siapa yang di
kehendaki.Just kena usaha.
4- Mendengar penjelasan itu boleh menyelesaikan sesuatu perkara
5- Kepada mereka yang tidak berilmu tu jangan la jadi guru jahil dikalangan
masyarakat.Takut2 lagi menyesatkan..
Ingin sekali aku tekankan di sini apa2 pon ilmu lebih penting dari segalanya….
#Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahat…mati pon kena tuntut ilmu(talkin untuk orang hidup bukan orang mati)
#Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China…Carilah ilmu di mana sahaja kamu berada..
Story ni akan bersambung pada episode kami di surau….Nantikan part 2 story ini..
~daa2 nak relex jap….
Wsalam......
(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.
Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Abul A’la al Maududi berkata:
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-
(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah dengan mengenakan tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam Ape yang lebih penting memahami batasan aurat dalam kehidupan menurut syarak selain menyedari keharaman atas semua tindakkan kita dalam etika berpakaian. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.
Sheikh Ali Thantawi:
"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa"……Renung2kan lah
Setiap dari aku,kita,kamu,mereka dan semua orang ada tanggungjawab yang perlu di laksanakan.Manusia itu memegang amanah.Dan setiap amanah itu perlu di selesaikan.Bersalah rasanya membiarkan mereka yang mengakui adanya pencipta namun di sebalik hal itu mereka mempersendakan perintahnya.Budaya dan adat mengatasi segalanya,namun apa boleh buat mereka lebih berhak menentukan ke mana hala tujuan mereka selepas ini.Syurga or Neraka(Nauzubillahi min Zalik)
Tak mampu aku untuk merubah segalanya melainkan mereka sendiri merubah diri mereka sendiri.Apa gunanya akal yang di berikan kalau tidak di pergunakan kearah kebaikan.Dia menciptakan manusia dan dia juga yang memberi hidayah kepada siapa yang di kehendaki.Kita sebagai hamba perlu berdoa supaya di beri hidayah..
"Ilahi las tulil firdausi aa'la,wala aqwa alan naril jahim"
Tuhanku aku tidak layak masuk syurgamu namun tak pula aku sanggup menanggung azab nerakamu..
WaAllahu aklam...
Sedikit pengalaman di timut tengah dan aktiviti musim sejuk & panas
Malam ini genap la usia Ramadhan yang ke-18 untuk sekian kalinya pada tahun ini..Aku just tulis ape yang terlintas kat benak aku ni, walaupon aku sendiri tak tahu nak menulis tentang topic ape sebenarnya..Tapi aku akan cuba juga siapkan satu part.
Tapi tidur lama pon tak bagus juga untuk kesihatan…Lagi-lagi tidus selepas subuh.Bak kata orang tidur selepas subuh boleh mengurangkan rezeki….hehehee.
Macam la ko tak pernah buat, desis hatiku.Kadang-kadang aku merasa bersalah terhadap diri aku sendiri.Perwatakan aku sendiri membuatkan aku ingin jadi seperti orang lain.Kenapalah aku tak jadi seperti si anu tu.
Setiap kali selepas sahur aku peruntukkan sedikit masa untuk bersamanya,berteleku di atas kain sejadah kesayangku..
Time kecik2 dulu, aku ni nakal punya ke main lagi.Nakal senakalnya.Aku pon tak berapa ingat zaman jahil dulu.Mana ada PC time tu.Yang ada permainan tradisional jer,cam gasing,guli,laying-layang,kaki 3,pop pop.Semua permainan ni aku layankan.Sampai satu tahap aku gali lubang nak tanam guli maklumlah terlebih muatan dalam balang bekas aku.Nak simpan dalam rumah takut mak buang.Banyak gila guli aku time tu.Suka la tu kalau main guli asyik menang jew…hahaha.Orang pro beb hehehe.Perasan la kamu ni Muhammad..huhuh.Aku tak ingat sangat kenakalan aku time kecik kecik dulu.
Lagi 1 time mandi kat laut,mandi punya mandi kawan aku ajak cari beliung..tahu ke beliung tu ape.hehehe.Ala macam kepah juga tapi besar warna cengkerang putih cinting.kerang pon aku cari.
NAMUM KITA PUNYA KEHENDAK DAN KUDRAT ILAHI MENGATASI SEGALANYA.CIPTAANNYA TIADA SIAPA DAPAT MENANDINGI.KITA PUNYA KEHENDAK DAN SEMUA KEHENDAK ITU TIDAK SEMUA DAPAT KITA KECAPI.KITA PUNYA IMPIAN TAPI TIDAK SEMUA IMPIAN KITA TERCAPAI.KITA PUNYA ILMU,SETAKAT MANA ILMU ITU JIKA HENDAK DI BANDINGKAN DENGAN BUIH DI LAUTAN.
KITA PUNYA IMAN TAPI SAYANG SETAKAT MANA KITA MENILAI IMAN ITU.KITA PUNYA AKAL TAPI SAYANG AKAL ITU SUDAH DI KOTORI.KITA PUNYA NAFSU TAPI SAYANG NAFSU MENGATASI SEGALANYA.KITA PUNYA SEGALA2NYA TAPI SAYANG SEMUA ITU TIDAK BERFUNGSI MENGIKUT ACUANNYA.....
FIKIR2KAN
Assalamualaikum...
Di sini aku ingin kongsi bersama sahabat2 tentang lagu ni..Ada mula dan mestilah ada akhirnya.tak gi tu..
Wali band is simple…..Nak tanya korang
Bestkah lagu ni...?? Terpulang la pada korang untuk menilai….
Bagi aku lagu ni best sebab liriknya..So dengar la banyak2..10 x pon tak pe..hehehe
P/s Hayatilah maksud yang tersirat dalam lagu ini..
Semoga bermanfaat..
WaAllahu'aklam….(^_Q)
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..
Cinta adalah satu anugerah yang tak ternilai.Sifat cinta itu lahir sejak azali lagi..Sejak kecil lagi naluri cinta itu hadir dalam kehidupan manusia.Misalnya Bayi di sayangi oleh ibu bapa dan sesiapa sahaja yang melihat akan menyukai kerana fitrah bayi itu suci bersih dari dosa.
Firman Allah Dalam surah At-Taubah ayat 24 bermaksud : Katakanlah,"jika bapa2,anak2,saudara2,isteri2,kaum keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulnya dan berjihad di jalannya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya," Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada oang2 fasik.
Ayat di atas menerangkan betapa pentingnya cinta Allah dan rasul mengatasi cinta sesama mahluk melebihi segala isi dunia.Cinta adalah segala2nya..Cinta boleh membahagiakan hati dan kadang kala cinta juga boleh memusnahkan kehidupan manusia itu sendiri.Manusia cintakan kepada semua keadaan,Misalnya,cinta kepada buku2,harta kekayaan dan sebagainya.Tak kurang hebatnya cinta remaja zaman sekarang adalah cinta yang terlarang cinta yang membawa kepada kemurkaan Allah.Berpegangan tangan dan berpelukkan ada perkara biasa bagi remaja zaman ini.Halal dan haram sudah tak di endahkan.Kemanakah hilangnya keislam kalian.Adakah islam sekadar nama sahaja?Munkinkah islam itu sekadar ikutan?Ya Allah tak takutkah akan azab Allah di hari kemudiaan.
Cinta itu tak ada salahnya, yang salah adalah manusia itu sendiri yang tak pandai nak menghargai cinta.Lelaki dan wanita saling memerlukan.Kisah Cinta sahabat Abdullah bin Abu Bakar dengan isterinya yang rupawan adalah tauladan yang baik.Bapa Abdullah meminta akan anaknya menceraikan isteri kerana takut cinta anakya akan melebihi cinta kepada Allah dan rasul di sebabkan paras rupanya.SubhanaAllah.
Manusia saling memerlukan,kerana itu Allah jadikan setiap mahluk itu berpasangan.Hebatnya perancangan Allah.semuanya telah diatur..Manusia di ciptakan untuk saling kenal mengenal.Firman Allah yang berbunyi "tidak aku jadikan jin dan manusia itu adalah untuk mengabdikan diri kepadaku"..Jadi cinta itu tidak salah kerana manusia itu saling memerlukan atas dasar ibadah..
Perkahwinan itu adalah satu ibadah untuk manusia mengembang biakkan zuriat keturunan.Dalam aspek kekeluargaan pula,perkara yang penting adalah memilih pasangan hidup.Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi bermaksud, "Pilihlah Wanita dari kalangan yang baik agamanya kamu akan selamat."Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, "Jika lelaki yang datang meminang itu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya terimalah dan kahwinilah dia.Dalam Hadis ini menggambarkan cinta itu penting dalam membuat pemilihan dalam kehidupan..
Melalui cinta juga menusia akan di uji dengan beberapa ujian.Hanya mereka yang mampu sahaja sanggup Melaluinya..Sekadar itu yang mampu aku coretkan pada kali ini..Salah silap harap di perbetulkan.InsYaAllah.
P/s : mohon doa sahabat untuk ku mencari cinta hakiki.
Ya Allah kurniakan kepadaku sahabat2ku lisan yang sentiasa mengingatiMu,Hati yang sentiasa Khusyuk kepadamu..Amin...
:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::
Blog List
:: SINGGAH SAT ::
Berita Harian | Harian Metro | Utusan Malaysia | Kosmo | New Straits Times | The Star | Jalinan
TV3 | NTV7 | TV9 |
Diskusi BKKIMM
-
▼
2010
(38)
-
▼
August
(26)
- Iman & Ilmu mana lebih penting…
- Syariatnya di lutut..
- My Picture
- DOSA SEMALAM
- Kita Punya..
- Lagu ni..
- Cinta..
- 9..
- Exam..
- Syukur
- Enjin..
- Kerete Mewah...
- 9 sebab..
- Hujan Batu..
- Manisnya Ukhwah.
- Dah lama benor ana x mengupdated blog ni.Kalau x d...
- Teladan
- Iskandaria..
- Demam peperiksaan muncul lagi...Waktu ini la ramai...
- Ayat Penawar.
- Palestin..
- No title
- Laman Web..
- University Al -Azhar
- Nasihat..
- Daie Ooh daie..
-
▼
August
(26)