Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
1) Pemarah
Semua orang tak suka dengan sifat nikan.
Sifat ni mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di
dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan
dan hati tentunya tidak terang.Sifat marah datang dari syaitan,api kalau x di padamkan dengan air akan merebak,so kalau dah marah2 tu cepat2 la ambil wuduk
2) Pendendam
Sifat ni lagi la org x berapa suka,buat pe nak dendam2
ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang
seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas
dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab
itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.Betul ke tidak
wa'allahua'lam
3) Hasad dengki
Buat pe nak gaduh2,dengki sini dengki sana..Last2 lingkup dengan hasad dengki..Allah tak suka sifat ni coz bagi aku org ni memiliki sifat ketuhanan dalam diri
4) Bakhil
Jangan kedekut atau bakhil...Harta sumenya bukan milik kita,tak tau lagi harta yang ada tu tah2 untuk sape.So kalau korang bakhil..ingat2 la mati..Harta takkan nak bawa kat alam kubur kot..kuang2 dapat la pahala kalau kita sedekahkan..Allah lebih
sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang
yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya
itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5) Tamak
Bak kata pepatah orang tamak selalu rugi. Ingat! Yang
dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu
belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang
lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6) Tidak sabar
Sabar tu kan sebahagia daripada iman so sabar jer laa dengan ujian tuhan,kalau tak sabar hidup ni x bermakna...
7) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling
tidak tenang. Orang yang ada sifat ini pantang tercabar
dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya
sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
8) Riak
Allah marah kalau kita riak, takabbur
dengan apa yang kita ada.Rasa2 ade jer sifat riak tu..cepat2 la istigfar.
Manusia ni pantang jer di puji.. contoh berlakon-lakon di depan orang. Jika ia
dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan
mengurangkan amalnya.
9) Cinta Dunia
Hubbut dunia @...
Cinta dunia merupakan 'neraka dunia'
kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang
buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan
dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi
dan akhirat dibawa mati.
Cuba renung2kan dan fikir2kan kalau ade 9 sifat ni.Hati kita tidak Bahagia.So cuba tanya diri kita(bagi diri aku) n buang sifit ni jauh2 kalau ada..nauzubilla..
Wa'allahua'lam
0 comments to "9 sebab.."
:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::
Blog List
:: SINGGAH SAT ::
Berita Harian | Harian Metro | Utusan Malaysia | Kosmo | New Straits Times | The Star | Jalinan
TV3 | NTV7 | TV9 |
Diskusi BKKIMM
-
▼
2010
(38)
-
▼
August
(26)
- Iman & Ilmu mana lebih penting…
- Syariatnya di lutut..
- My Picture
- DOSA SEMALAM
- Kita Punya..
- Lagu ni..
- Cinta..
- 9..
- Exam..
- Syukur
- Enjin..
- Kerete Mewah...
- 9 sebab..
- Hujan Batu..
- Manisnya Ukhwah.
- Dah lama benor ana x mengupdated blog ni.Kalau x d...
- Teladan
- Iskandaria..
- Demam peperiksaan muncul lagi...Waktu ini la ramai...
- Ayat Penawar.
- Palestin..
- No title
- Laman Web..
- University Al -Azhar
- Nasihat..
- Daie Ooh daie..
-
▼
August
(26)
Post a Comment