DOSA SEMALAM

Malam ini genap la usia Ramadhan yang ke-18 untuk sekian kalinya pada tahun ini..Aku just tulis ape yang terlintas kat benak aku ni, walaupon aku sendiri tak tahu nak menulis tentang topic ape sebenarnya..Tapi aku akan cuba juga siapkan satu part.


Cuma kadang-kadang tu aku rasa hidup ini ada pasang dan ada surutnya macam air laut.Walaupun laut itu tidak putus-putus menghempas badainya di persisiran pantai namum aku tahu ada maksud di sebalik setiap kejadian itu.Setiap perkara itu mesti ada sebab musababnya.Macam aku tulis ni pon mesti ada sebab.Kalau tak masakan aku rajin nak menaip pada pagi cuti ini.Lebih baik aku sambung tidur….huhuhu.

Tapi tidur lama pon tak bagus juga untuk kesihatan…Lagi-lagi tidus selepas subuh.Bak kata orang tidur selepas subuh boleh mengurangkan rezeki….hehehee.

Macam la ko tak pernah buat, desis hatiku.Kadang-kadang aku merasa bersalah terhadap diri aku sendiri.Perwatakan aku sendiri membuatkan aku ingin jadi seperti orang lain.Kenapalah aku tak jadi seperti si anu tu.


Baik,sopan,pandai,pemaaf,penyabar and whtever la.Habis tu sekarang ni ko tak baik la,tak sopan la,tak pandai la,tak pemaaf la,tak sabar la.Ko tu belajar jauh-jauh.Sekejap Johor,Melaka la,Kelantan La,Egypt la.Abis tu ko tak pandai la kiranya..Jangan jadi jahil muraqqa.Banyak dah ko belajar..Cuba ko fikirkan baik-baik.Sekali lagi hati aku mengomel.Aku tak tahu mana salah dan silapnya.

Setiap kali selepas sahur aku peruntukkan sedikit masa untuk bersamanya,berteleku di atas kain sejadah kesayangku..


Aku sayang kamu,beberapa kali aku cuba untuk menyelami hakikat itu.Namun belum ku temui.Mengapa yaa…Mengapakah aku jadi begini.Aku memikirkan kembali kenangan lalu.Merentas sempadan alam maya mencari titik hitam yang selalu menghantui perasaan ini.
Fikiran ku menerawang mencari kot-kot terjumpa titik hitam itu.Apakah sebenarnya yang berlaku dalam hidup aku..dush!!!Penat beb fikirkan perkara ini.

Mungkinkah dosa semalam yang menghantui diri ini..entah la ekk.Tapi aku dah mintak maaf dah.Aku tak pasti kemaafan tu di terima atau tidak yang pastinya aku dah buat ape yang nabi ajar.Terpulang la pada sape.Aku bukannya malaikat or nabi.Sedangkan nabi ampunkan umat,ni kan kita manusia biasa..Adoi hai..Ko ni membebel la.Sudah-sudah la. dush!!!!!!!!!!!! Dosa sesama manusia kena melalui manusia juga dosa dengan sang khalik kena banyak bertaubat.AstaqfirAllah..Sudah la tu zaman bila punya story ni…Ko jangan buat lagi sudah la..Hati kecil ku berbisik meredakan keadaan.Jawapan yang aku cari tu belum ku temui sehingga hari ini.~lalalalalalalalalalalalalala.

Time kecik2 dulu, aku ni nakal punya ke main lagi.Nakal senakalnya.Aku pon tak berapa ingat zaman jahil dulu.Mana ada PC time tu.Yang ada permainan tradisional jer,cam gasing,guli,laying-layang,kaki 3,pop pop.Semua permainan ni aku layankan.Sampai satu tahap aku gali lubang nak tanam guli maklumlah terlebih muatan dalam balang bekas aku.Nak simpan dalam rumah takut mak buang.Banyak gila guli aku time tu.Suka la tu kalau main guli asyik menang jew…hahaha.Orang pro beb hehehe.Perasan la kamu ni Muhammad..huhuh.Aku tak ingat sangat kenakalan aku time kecik kecik dulu.


Tapi seingat aku time sekolah.Pas balik dari sekolah jew aku singgah ke tepi jambatan sungai.Nak buat ape yer Tanya kawan aku..Ko tengok jer sudah la.Aku turun cari siput sedut la wei..Banyak gila aku dapat.suka la dah dapat siput.Balik rumah mak Tanya mana dapat cari kat sungai.Time tu juga mak marah kat aku.Kan panas tengahari ni,bahaya la pe la.Mak membebal kat aku.Time ni kan jahil mana la tahu semua tu.yang aku tahu dapat makan benda tu..Sedap sangat siput tu..Best, meleleh aku makan.Pas ni tak la aku terliur nak makan bendalah tu.

Lagi 1 time mandi kat laut,mandi punya mandi kawan aku ajak cari beliung..tahu ke beliung tu ape.hehehe.Ala macam kepah juga tapi besar warna cengkerang putih cinting.kerang pon aku cari.

One day time tu ada musibah di aceh.tu yang cari sekali kerang.Best gila time kecik2 cari tu sampai luka-luka kaki aku.Aku ni mana kenal erti sakit semua tu.Lama juga jadi badak berendam dalam air ni cari beliung..huhuhu.3 hari berturut-turut aku cari.Hari ke-3 ni paling best sekali.nak tau kenapa..ha time ni aku cari punya cari terpijak sesuatu aku tak pasti ape benda alah tu.aku rasa cam ikan jer.Time tu kaki aku dah sakit.Bisa dia tak tertahan aku.aku balik dengan muka berkerut menahan sakit.Balik-balik mak Tanya kenapa.Terpijak ikan kot.Mak bebel sudah kat aku.Mak sapu gamat kt kaki aku dah bawa aku gi klinik.Dr injit aku.sakit suit time tu.2 malam aku tak leh tido.Tu la napa la nakal sangat.Kan aku dah kata selagi aku tak dapat makan aku akan usahakan cari.

Time tu aku kenang balik dosa semalam yang pernah aku lalui..Kalau orang larang tu yang aku nak buat,yang orang tegah tu yang aku suka buat.tapi sekarang tak lagi.Kejahilan tetap ada tapi aku perlu terusakan kehidupan ini agar jadi lebih baik dari hari-hari yang berlalu…Tu la dosa yang aku buat walaupon aku tak perasan.heheheh.Nanti aku story lg yer…nak kuar gi econsave jap…tata. J


0 comments to "DOSA SEMALAM"

Post a Comment

:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::



Mutiara Kata untuk Renungan



Saiyidina Ali karamahullah wajhah pernah berkata….
Hiduplah dengan cara yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan di matikan.


Berkasih sayanglah dengan sapa yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan berpisah.


Sesungguhnya kemuliaan seseorang terletak pada Qiamullainya. Kehebatan seseorang tidak bergantung pada orang lain


MANUSIA YG PALING TINGGI KEDUDUKANNYA ADALAH YG TIDAK MELIHAT KEHEBATANNYA,DAN YG PALING MULIA DIKALANGAN MEREKA ADALAH ORANG YG TIDAK MELIHAT KELEBIHANNYA…..

[Renung2kan lah]
1. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.


2. Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.


3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya.


4. Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian di antara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.


5.Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia.


6.Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa

Blog List

::Malaysia::

.:: Archive ::.






free counters

..................................................................

Web hosting for webmasters