Cinta..

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Cinta adalah satu anugerah yang tak ternilai.Sifat cinta itu lahir sejak azali lagi..Sejak kecil lagi naluri cinta itu hadir dalam kehidupan manusia.Misalnya Bayi di sayangi oleh ibu bapa dan sesiapa sahaja yang melihat akan menyukai kerana fitrah bayi itu suci bersih dari dosa.

Firman Allah Dalam surah At-Taubah ayat 24 bermaksud : Katakanlah,"jika bapa2,anak2,saudara2,isteri2,kaum keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulnya dan berjihad di jalannya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya," Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada oang2 fasik.

Ayat di atas menerangkan betapa pentingnya cinta Allah dan rasul mengatasi cinta sesama mahluk melebihi segala isi dunia.Cinta adalah segala2nya..Cinta boleh membahagiakan hati dan kadang kala cinta juga boleh memusnahkan kehidupan manusia itu sendiri.Manusia cintakan kepada semua keadaan,Misalnya,cinta kepada buku2,harta kekayaan dan sebagainya.Tak kurang hebatnya cinta remaja zaman sekarang adalah cinta yang terlarang cinta yang membawa kepada kemurkaan Allah.Berpegangan tangan dan berpelukkan ada perkara biasa bagi remaja zaman ini.Halal dan haram sudah tak di endahkan.Kemanakah hilangnya keislam kalian.Adakah islam sekadar nama sahaja?Munkinkah islam itu sekadar ikutan?Ya Allah tak takutkah akan azab Allah di hari kemudiaan.

Cinta itu tak ada salahnya, yang salah adalah manusia itu sendiri yang tak pandai nak menghargai cinta.Lelaki dan wanita saling memerlukan.Kisah Cinta sahabat Abdullah bin Abu Bakar dengan isterinya yang rupawan adalah tauladan yang baik.Bapa Abdullah meminta akan anaknya menceraikan isteri kerana takut cinta anakya akan melebihi cinta kepada Allah dan rasul di sebabkan paras rupanya.SubhanaAllah.

Manusia saling memerlukan,kerana itu Allah jadikan setiap mahluk itu berpasangan.Hebatnya perancangan Allah.semuanya telah diatur..Manusia di ciptakan untuk saling kenal mengenal.Firman Allah yang berbunyi "tidak aku jadikan jin dan manusia itu adalah untuk mengabdikan diri kepadaku"..Jadi cinta itu tidak salah kerana manusia itu saling memerlukan atas dasar ibadah..


Perkahwinan itu adalah satu ibadah untuk manusia mengembang biakkan zuriat keturunan.Dalam aspek kekeluargaan pula,perkara yang penting adalah memilih pasangan hidup.Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi bermaksud, "Pilihlah Wanita dari kalangan yang baik agamanya kamu akan selamat."Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, "Jika lelaki yang datang meminang itu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya terimalah dan kahwinilah dia.Dalam Hadis ini menggambarkan cinta itu penting dalam membuat pemilihan dalam kehidupan..

Melalui cinta juga menusia akan di uji dengan beberapa ujian.Hanya mereka yang mampu sahaja sanggup Melaluinya..Sekadar itu yang mampu aku coretkan pada kali ini..Salah silap harap di perbetulkan.InsYaAllah.

P/s : mohon doa sahabat untuk ku mencari cinta hakiki.
Ya Allah kurniakan kepadaku sahabat2ku lisan yang sentiasa mengingatiMu,Hati yang sentiasa Khusyuk kepadamu..Amin...


0 comments to "Cinta.."

Post a Comment

:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::



Mutiara Kata untuk Renungan



Saiyidina Ali karamahullah wajhah pernah berkata….
Hiduplah dengan cara yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan di matikan.


Berkasih sayanglah dengan sapa yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan berpisah.


Sesungguhnya kemuliaan seseorang terletak pada Qiamullainya. Kehebatan seseorang tidak bergantung pada orang lain


MANUSIA YG PALING TINGGI KEDUDUKANNYA ADALAH YG TIDAK MELIHAT KEHEBATANNYA,DAN YG PALING MULIA DIKALANGAN MEREKA ADALAH ORANG YG TIDAK MELIHAT KELEBIHANNYA…..

[Renung2kan lah]
1. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.


2. Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.


3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya.


4. Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian di antara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.


5.Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia.


6.Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa

Blog List

::Malaysia::

.:: Archive ::.






free counters

..................................................................

Web hosting for webmasters