Demam peperiksaan muncul lagi...Waktu ini la ramai di antara kita yang tercari-cari buku,buat nota.Time ni la library berfungsi sepenuhnya..Ha itu kalau di University tempatan la..Tapi di sini jangankan jumpa library.Setakat kedai buku tu ada lah.. Library mana nak kita pi..terpaksa la beli klu nak bahan rujukan lain kat maktabah buku.... Kenapa ye ramai student yg study bila nak exam??Sendiri mau ingat la...Hahaha.Time ada masa terluang, tidak pula nak buka buku baca, tidak pula nak sibuk2 ke library wat revision..,


Haa, menarik bukan?Apa sebenarnya yang melanda student kita ni..?Ramai kita yang memberi alasan, itu ini..Tapi hakikatnya tanya diri la kalau mahu berjaya.Tak gi tu sahabat2.Jangan kata tak cukup masa,semua orang di kurniakan 24 jam yang sama cuma kita sahaja yang tak pandai nak mengolah masa. Tapi itulah hakikatnya bagi segelintir student kita..Esok nak exam, hah mlm b4 exam tu baru nak tercari note,baru nak baca buku..baru nak itu ini, semualah...pastu bila baca tak habis lagi, mula la tension, takut, x tidur malam, pakat suruh kawan, mak ayah, abang kakak suruh doa kan boleh jawab esok..ish2,usaha dah la tak da, harap doa jer mana boleh, mana nak dapat 'najah' nya..saya tidak menunding jari kpd sesiapa, tp itulah hakikatnya yang kadang2 terjadi kpd kita yang bergelar student...hehe:)


tp bila tiba musim exam ni, semua pakat tak tidur malam..saya teringat first exam saya masa di sini..Abang senior tak tidor malam..Ape kejaan depa ni, Esok exam dah tak tidor2 lagi..Rupanya dok mengafal nota..ada yang baru nah study, yang belum habis baca satu hal. Semuanya sedang khusyuk study, wat discussion, wat revision..dan yang hebat sekali buku baca dia..Bukan dia baca buku,,haha akibat terlalu letih...kalau nak dapat resurt mumtaz baca la study la awal sebagai persediaan kita?Maksud kata di sini, klu time exam tu, jangan risau la, mesti tak sunyi rumah dengan bunyian(hafal)..jangan takut la ,cuma bersedia awal kan bagus....:)

Menteri Pelajaran, Dato Seri Hishamuddin akan mengkaji semula sistem pembelajaran dan pengajaran di negara kita ni yg banyak nya tertumpu kepada exam semata-mata.., memang sistem pengajian kita ini perlu dikaji semula...kenapa??disebabkan 'exam oriented'(exam semata-mata) ni la, kita hanya belajar sekadar untuk pass exam, sekadar untuk mendapat dean list, atau pointer yg baik.Lain ceritanya di University Al-Azhar jika hendak di bandingkan dengan suasananya perlu untuk kita menghafal.Tu la pasal kenapa graduan Al-Azhar lama study di sini.Al-Quran madah wajib Al-Azhar.Tak hafal kompom la nak lulus tu takat2 hidung pon belum tentu..tapi 'kenikmatan' ilmu yg sebenar itu ada bagi orang yang mencari redhanya..kita tak mempraktikkan ilmu yg dipelajari itu dengan sebaiknya..sbb tu la timbulnya masalah study bila nak exam jer..bila lecturer(Doctor) tanya dalam kelas, tak boleh jawab..sbb banyak dari kita ni mengamalkan cara 'al-'ilmu fi kutub, laysa fi sudur'..:)Yang penting sekali niat tu...Ikhlas atau tidak dalam kita menuntut...Tidak lupa pa khaliq yang menngatur semua urusan.Mohon tetap mohon,doa di perbanyakkan, cuma kita kena mengubah cara kita tu jah.Study jer tanpa ada tawakkal, tak boleh juga .....Chaiyok

Renung2kan dan selamat beramal..All the best untuk semua..Selamat menghadapi imtihan kepada sahabat2 semoga Antum kalian beroleh kejayaan dunia akhirat...Amin....


0 comments to " "

Post a Comment

:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::



Mutiara Kata untuk Renungan



Saiyidina Ali karamahullah wajhah pernah berkata….
Hiduplah dengan cara yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan di matikan.


Berkasih sayanglah dengan sapa yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan berpisah.


Sesungguhnya kemuliaan seseorang terletak pada Qiamullainya. Kehebatan seseorang tidak bergantung pada orang lain


MANUSIA YG PALING TINGGI KEDUDUKANNYA ADALAH YG TIDAK MELIHAT KEHEBATANNYA,DAN YG PALING MULIA DIKALANGAN MEREKA ADALAH ORANG YG TIDAK MELIHAT KELEBIHANNYA…..

[Renung2kan lah]
1. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.


2. Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.


3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya.


4. Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian di antara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.


5.Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia.


6.Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa

Blog List

::Malaysia::

.:: Archive ::.






free counters

..................................................................

Web hosting for webmasters