Petang tadi selepas aku balik menghantar rakan,hatiku tergerak untuk melihat keliling rumah..Aku terpandang di 1 sudut terdapat timbunan pasir..Aku terus melihat..SubhanaAllah..Aku terpaku sekejap melihat gelagat semut2 berkerjasama untuk menyiapkan sarang...Kisah semut ini juga, Allah telah rakamkan dalam Al-Quran surah An-Naml ayat 17-19
" Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin,manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib(dalam barisan).Hingga apabila mereka sampai di lembah semut,berkatalah seekor semut : hai semutsemut,masuklah kalian ke dalam sarang2mu agar kamu tidakdihamcurkan (kerana diinjak2)oleh sulaiman dan tenteranya,sedang mereka tidak menyedari." Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.Dan dia berdoa: Ya Rabb ku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang engkau redhai,dan masukkanlah aku dengan rahmatmu ke dalam golongan hamba2mu yang soleh."
(Kisah semut dengan kerajaan Nabi Sulaiman)
Lihatlah semut ni..
Semut yang rajin berusaha...
Mahligai semut...Sikit 2 lama jadi bukit.Mungkin itulah falsafah yang di pegang oleh semut kat dunia ni..
Rakaman ini aku rakam guna phone aku yang murah ni...(^_^)