Rayuan Nurani..




Di antara kudrat Tuhan

Dia mencipta manusia

Sebagai khalifah mentadbir bumi ini

Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi

Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa


 

Ombak yang menderu

Dedaun berterbangan

kekadang mengkhayalkan diriku

Terlupa aku pada pencipta yang Esa

Yang sentiasa melihat diriku


 

Di mana... Di manaku berada

Di mana... Oh di manakah diriku


 

Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku

Oh Tuhanku tunjukkan ku jalan kebenaran

Ku tahu jalan bahagia

Penuh onak jua cabaran

Oh Tuhan beri kekuatan pada ku


 

Di mana... di manakah diriku

Di mana... di manaku berada


 

Demi mendapat keredhaan dari Mu

Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku

Dengan rahmat Mu ya Tuhan

Selamatkanlah diriku

Dari seksaan api neraka Mu


 

Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku

Oh Tuhanku tunjukkan ku jalan kebenaran

Ku tahu jalan bahagia

Penuh onak jua cabaran

Oh Tuhan beri kekuatan pada ku


 

Di mana... di manaku berada

Di mana... di manakah diriku 3x



Tengah bosan2 tak tahu nak buat pe..Aku cuba juga nak pos sedikit entri tapi tak tau nak pos ape..Jadi aku pos la lagu and lirik Rayuan Nurani dari kumpulan SoffOne..Mungkin sedikit sebanyak memberi peringatan kepada kita sebagai Mahluk juga khalifah di muka bumi ini.Cukup kot sekadar ni..tak tau nak ulas ape dengan lagu ni..

(Fikir2kan hidup kita ini..^_^)


0 comments to "Rayuan Nurani.."

Post a Comment

:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::



Mutiara Kata untuk Renungan



Saiyidina Ali karamahullah wajhah pernah berkata….
Hiduplah dengan cara yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan di matikan.


Berkasih sayanglah dengan sapa yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan berpisah.


Sesungguhnya kemuliaan seseorang terletak pada Qiamullainya. Kehebatan seseorang tidak bergantung pada orang lain


MANUSIA YG PALING TINGGI KEDUDUKANNYA ADALAH YG TIDAK MELIHAT KEHEBATANNYA,DAN YG PALING MULIA DIKALANGAN MEREKA ADALAH ORANG YG TIDAK MELIHAT KELEBIHANNYA…..

[Renung2kan lah]
1. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.


2. Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.


3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya.


4. Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian di antara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.


5.Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia.


6.Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa

Blog List

::Malaysia::

.:: Archive ::.






free counters

..................................................................

Web hosting for webmasters