Pada suatu masa dahulu ada seorang pemuda A yang sangat kaya.Beliau memiliki sebuah ladang dan dusun yang sangat luas.Beliau sangat bersyukur atas anugerah yang di kurniakan kepadanya.Kehidupannya sangat aman dan tenteram,tidurnya nyenyak setiap malam.Suatu hari datang seorang pemuda B menziarahi beliau.Pemuda B menceritakan kisah bagaimana berlian terjadi dan berkata,”Jika kamu Berjaya memilik berlian walau sebesar ibu jari kamu mampu membeli sebuah Negara dan jika kamu memiliki sebuah lombong berlian kamu dapat menguasai dunia.”
Sejak hari itu pemuda A tidak dapat tidur dengan nyenyak seperti hari yang lain.Hatinya penuh tanda tanya berhubung teka teki yang di lemparkan kepadanya..Pagi petang siang malam pemuda A sibuk memikirkan persoalan ini.. Sejak hari itu, pemuda A sudah mula melupakan syukur kepada yang maha esa.
Suatu hari pemuda A memutuskan untuk menjual semua ladang dan dusun yang di miliki itu kepada pemuda C dengan itu pemuda A dapat merantau mencari berlian yang di maksudkan oleh pemuda B. Tanpa berfikir panjang beliau terus mengucapkan selamat tinggal kepada isteri dan anak. Pemuda A merantau ke bumi Palestin,Eropah dan akhirnya beliau sampai ke Teluk Barcelona dalam keadaan tak terdaya lagi.Namun berlian yang di cari tak jumpa-jumpa. Pemuda A berasa kecewa dan berputus asa dan akhirnya pemuda A mencampakkan dirinya kedala laut.Akhirnya tamatlah hidup pemuda A..
Nak dengar lagi tak kisah ini…
OK…
Bebalik kepada ladang dan dusun yang telah pemuda A jualkan kepda pemuda B tadi..Agak-agak ape kisah di sebalik tajuk BERLIAN DEPAN MATA TAK NAMPAK ni yek.
Baiklah..
Pada suatu hari pemuda C jalan-jalan di ladang dan dusun yang baru di belinya.Setelah puas berjalan pemuda C berehat sebentar di bawah sebuah pohon yang mana mengalir sebuah sungai yang sangat jernih airnya..Pemuda C berasa haus dan terus mendapatkan air untuk minum.Namun setelah minum air tersebut pemuda C ini terpandang kilauan pasir yang terdapat pada sungai tersebut.Pemuda C sangat hairan dengan kejadian ini.Pemuda C terus mendapatkan pasir tersebut.Tak sangka pemuda C ini berjaya menemui berlian yang di cari selama ini oleh pemuda A dan kemudiannya terus menunjukkan berlian yang di jumpai itu kepada pemuda B. Pemuda B ini terkejut menyaksikan kejadian ini dan mengetahui berlian yang di temui ini bermutu tinggi.
Pemuda A membuang masa,wang dan tenaga untuk mencari berlian tersebut,sedangkan berlian yang berharga tinggi berada di ladangnya malah di depan matanya.Hasil dari penemuan itu,lading dan dusun yang di miliki pemuda A bertukar menjadi sebuah lombong berian yang sangat besar yang dikenali sebagai lombong Golcandah.
Apa yang nak saya nak katakana sebanarnya ni…
Kita ibarat seperti pemuda A dalam cerita ni..Begitu juga agama islam adalah lombong berlian yang tidak ada tolok banding dengan ajaran dan agama lain.
Mereka mencari ketenangan dan kemuliaan mengikut cara dan budaya mereka.Idea-idea yang menyesatkan dan bercanggah dengan islam dan berbangga dapat mengikuti cara hidup golongan tertentu.
Akhirnya mereka tenggelam di pukul ombak..Dah terang lagi mahu suluh.Begitulah kita.
Dalam surah al-Baqarah ayat 211 ; “Barang siapa menukar nikmat Allah setelah dating nikmat itu kepadanya maka sesungguhnya Allah sangat keras seksaannya..”
Firman Allah lagi dalam surah al-Anfal ayat 53-54 bermaksud, “Hal ini kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang dianugerahkannya kepada sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”(mereka samalah seperti Firaun dan pengikut-pengikutnya serta mereka yang mendustakan ayat tuhan kami maka kami binasakan)
Semoga cerita ini bermanfaat kepada kita.Semoga kesilapan pemuda A ini tidak berulang kembali……
0 comments to "BerLian Depan Mata Tak Nampak..."
:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::
Blog List
:: SINGGAH SAT ::
Berita Harian | Harian Metro | Utusan Malaysia | Kosmo | New Straits Times | The Star | Jalinan
TV3 | NTV7 | TV9 |
Diskusi BKKIMM
Post a Comment