PERJALANAN INI….

A.M. Lothrop Stoddard di dalam
The New World of islam berkata,Kebangkitan Islam adalah episode yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia.Bermula dari Zaman Nabi Adam alaihissalam sehinggalah zaman kebangkitan Islam terus berkembang.Ia lahir di bumi yang asing dan dalam jangka masa hanya seabad ia terus berkembang menguasai sepertiga dunia..Kejayaan ini tidak berlaku secara spontan.Ia di capai melalui formula ilahi yang bijaksana pengetahuannya.Mementingkan perubahan dalaman iman dan kebersihan jiwa.Dengan ini segala hasutan dan kealpaan dapat ditepis.

Allah ada berfirman dalam surah an-Nahl

" Sesungguhnya syaitan tidak ada kekuasaan ke atas orang2 yang beriman serta bertawakal kepada tuhannya.Sesungguhnya kekuasaan syaitan hanyalah ke atas mereka yang mengambilnya menjadi pemimpin dan mereka yang mempersekutukannya dengan Allah.. (99-100)

Bermulanya perjalanan ini Allah storykan pula dalam Surah al-Hijr ,Allah menegaskan "Iblis berkata,'Ya Tuhanku,oleh sebab kamu telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat)di muka bumi dan pasti au akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba2mu yang ikhlas'."(39-40)

Dalam perjalanan ini asset yang penting adalah mengenali diri..Manusia di jadikan dari segumpal tanah yang hina..Oleh itu kita perlu sedar akan keadaan diri...Firaun menggunakan kuasanya dengan sifat bongkak.begitu juga Qarun menggunakan kakayaannya dengan sifat sombong dan akhirnya mereka di binasakan dalam kehinaan.

Bagi mencapai perjalanan ini Allah telah anugerahkan kepada kita akal..Dengan akal ini kita bole membezakan yang mana hal dan yang mana batil….Firman Allah dalam surah al-Mujadalah yang bermaksud "Allah mengangkat orang2 yang beriman dan berilmu di kalangan kamu beberapa darjat,(11)" Dalam sebuah hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani yang bermaksud,"tidak ada ibadah kepada Allah yang lebih utama daripada kefahaman agama.Sesungguhnya seorang yang fakih lebih susah untuk di perdayakan syaitan berbanding 1000 orang ahli ibadah."

Walau bagaimanapon perjalanan ini perlu di perhalusi dengan mendalami ilmu Al-Quran dan hadis2 nabi supaya kita jelas tentang perjalanan yang hendak kita lalui…Sekian dulu..

WaAllahu'aklam….(^_Q)


0 comments to "PERJALANAN INI…."

Post a Comment

:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::



Mutiara Kata untuk Renungan



Saiyidina Ali karamahullah wajhah pernah berkata….
Hiduplah dengan cara yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan di matikan.


Berkasih sayanglah dengan sapa yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan berpisah.


Sesungguhnya kemuliaan seseorang terletak pada Qiamullainya. Kehebatan seseorang tidak bergantung pada orang lain


MANUSIA YG PALING TINGGI KEDUDUKANNYA ADALAH YG TIDAK MELIHAT KEHEBATANNYA,DAN YG PALING MULIA DIKALANGAN MEREKA ADALAH ORANG YG TIDAK MELIHAT KELEBIHANNYA…..

[Renung2kan lah]
1. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.


2. Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.


3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya.


4. Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian di antara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.


5.Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia.


6.Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa

Blog List

::Malaysia::

.:: Archive ::.






free counters

..................................................................

Web hosting for webmasters