Pertanyaan yang mesti di jawab

Daripada Abu Barzah Nadhlah Bin 'Ubaid al-Aslami radhiallahu anhu berkata:"Bersanda Rasulallah saw.:

"Belum berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba (di hadapan Allah swt.pada hari Qiamat),sehingga terlebih dahulu ai akan ditanya tentang

umurnya,untuk apa dihabiskannya

dan akan ditanya tentang

ilmunya,untuk apa ai melakukannya

dan akan ditanya tentang

hartanya,daripada mana ai memperolehnya dan untuk apa dibelanjakannya

dan ai akan ditanya tentang

tubuh badannya,untuk apa dibinasakannya(digunakannya)  

H.R.Tarmizi


 

keterangan :


 

Rasanya susah sekali pertanyaan diatas untuk dijawab.Namun dihari itu segala pertanyaan ini mesti dijawab dengan jawapan yang baik dan benar.

Kita pasti akan berkata pada waktu itu.Tidak ada seorang pun yang berani berdusta di hadapan Allah swt.

Jikalau mulut cuba berdusta,maka Allah akan menguncinya dan mempersilakan anggota yang lain pula untuk bercakap.

Maka kaki, tangan dan seluruh anggota badan yang lain akan bercakap dengan benar untuk mengetahui segala apa yang pernah dilakukannya sewaktu

didunia dahulu seperti firman allah dalam surah Yasin,ayat 65 mafhumnya yang bermaksud;


 

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada kami tangan-tangan  mereka dan bersaksi di hadapan kami kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu telah mereka lakukan". Surah Yasin:ayat 65


 

 Maka sudahkah kita bermuhasabah,sudahkah kita memperhitungkan diri sebelum diperhitungkan di hadapan Allah swt.kelak Kalau sudah, teruskan dan bersyukurlah.Kalau belum,berbuatlah demikian sebelum terlambat.


0 comments to "Pertanyaan yang mesti di jawab"

Post a Comment

:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::



Mutiara Kata untuk Renungan



Saiyidina Ali karamahullah wajhah pernah berkata….
Hiduplah dengan cara yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan di matikan.


Berkasih sayanglah dengan sapa yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan berpisah.


Sesungguhnya kemuliaan seseorang terletak pada Qiamullainya. Kehebatan seseorang tidak bergantung pada orang lain


MANUSIA YG PALING TINGGI KEDUDUKANNYA ADALAH YG TIDAK MELIHAT KEHEBATANNYA,DAN YG PALING MULIA DIKALANGAN MEREKA ADALAH ORANG YG TIDAK MELIHAT KELEBIHANNYA…..

[Renung2kan lah]
1. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.


2. Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.


3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya.


4. Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian di antara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.


5.Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia.


6.Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa

Blog List

::Malaysia::

.:: Archive ::.






free counters

..................................................................

Web hosting for webmasters