BOLEH KE TAK GUNA FACEBOOK…??

Assalamualaikum Sahabat2…

Musykil dengan penggunaan facebook?

Kat sini ada sedikit perkongsian ilmu setelah aku membaca beberapa artikel berkaitan dengan penggunaan Facabook…

Sebelum tu aku nak kenalkan owner laman Facebook ni, iaitu

Nilah rupa Owner facebook..Mark Zuckerberg..

Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York. Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama. majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion. Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008..Untuk itu juga facebook telah berjaya mengumpul 240juta pengunjung..?? Satu jumlah yang cukup besar...

BAGI YANG KELIRU JOM LIHAT STATUS PENGGUNAANNYA..

**************************************

# - Apakah Status penggunaannya ni yerk..…

BOLEH KE TAK GUNA FACEBOOK…???


Acap kali kita dengar ramai orang kata dana facebook ni di salurkan kepada orang yahudi membunuh orang PALESTIN..

Betul ker… aghhh.

Jawapan : Menurut Ustaz Zaharuddin dalam blognya :

"Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya."

Hujah yang mengatakan harus adalah bersandarkan kepada hadis Nabi yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari)

Facebook adalah laman sesawang yang sangat popular dan sangat mudah berkomunikasi di seluruh dunia. Facebook juga merupakan laman yang sangat efektif untuk menyebarkan apa-apa maklumat dan apa-apa iklan perniagaan, kerana ia dapat dilihat oleh semua orang seluruh dunia. Lazimnya facebook digunakan untuk ahlinya berkomunikasi bersama kawan-kawannya dan juga kemudahan untuk soal-soal tugasan atau pekerjaan. Ada individu mengunakan facebook untuk mengisi masa lapangnya, ada mengunakan facebook untuk mencari kawan-kawan lama, ada mengunakan facebook untuk perniagaan dan sebagainya.

"Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk tidak membuka dan menyertai facebook. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum."

Awas!!! Kalau melibatkan sensitiviti agama, maka ia jatuh haram..

"Jangan sesekali klik pada iklan yang di paparkan seperti skim infinity downline, iklan perklik facebook dan sebagainya .Anda mungkin telah menyumbang dana kepada pembunuhan umat islam Palestin"



# - Antara Dosa-Dosa + Facebook


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat 'membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang 'perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2)Terlebih gambar


mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Iktibat untuk kaum Hawa Klik : http://serikandiumar93.blogspot.com/2010/06/awas-muslimahku.html

Klik lagi kalau ingin tahu :
http://ellorukaini.blogspot.com/2010/06/kerja-gila-beberapa-gambar-perempuan.html


3)Penyamaran


Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi 'friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4)Download gambar untuk simpanan dan tatapan.


  • akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu 'bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai 'rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5)Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat 'trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan 'candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh 'untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan 'seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, 'zaman aku ekstrem', 'zaman solehah', 'waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN


Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Sumber : Zaharuddin Abd Rahman

.www.zaharuddin.net

. Mukabuku @ Facebook

Oleh itu orang yang ragu-ragu dan takut,lebih baik tutup jer dan jangan menggunakan facebook. Kaedah Islam ada menyatakan lebih baik mencegah dari melakukan perkara yang subhah atau tidak jelas halal dan haramnya.

Moga bermanfaat..


0 comments to "BOLEH KE TAK GUNA FACEBOOK…??"

Post a Comment

:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::



Mutiara Kata untuk Renungan



Saiyidina Ali karamahullah wajhah pernah berkata….
Hiduplah dengan cara yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan di matikan.


Berkasih sayanglah dengan sapa yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan berpisah.


Sesungguhnya kemuliaan seseorang terletak pada Qiamullainya. Kehebatan seseorang tidak bergantung pada orang lain


MANUSIA YG PALING TINGGI KEDUDUKANNYA ADALAH YG TIDAK MELIHAT KEHEBATANNYA,DAN YG PALING MULIA DIKALANGAN MEREKA ADALAH ORANG YG TIDAK MELIHAT KELEBIHANNYA…..

[Renung2kan lah]
1. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.


2. Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.


3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya.


4. Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian di antara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.


5.Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia.


6.Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa

Blog List

::Malaysia::

.:: Archive ::.






free counters

..................................................................

Web hosting for webmasters