UMAT TERBAIK…

Di sana sini kita mendengar manusia berbicara mengenai kuasa-kuasa besar dunia.Mereka berbicara mengenai perihal dunia tanpa memandang kehebatan umat terdahulu..Pernahkah kita terfikir umat manakah yang terbaik di dunia.?? U.S,Jepun atau kita kah yang terbaik,??? Umat islam adalah umah yang terbaik di dunia, Umat yang mampu menewaskan kuasa besar dunia suatu masa dahulu..insyaAllah sejarah ini akan berulang kembali…

Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah dengan firmannya.

"Dan demikianlah kami telah menjadikan kamu umat Wasathan (umat terbaik) supaya kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan rasul menjadi saksi atas perbuatanmu"(143)

Berdasarkan mafhum ayat di atas dapat kita fahami bahawa umah ini adalah umah yang terbaik..Umah yang di lahirkan untuk memberi manfaat pada seisi alam.Lihatlah sejarah umat islam terdahulu,mengapakah mereka di gelar umah terbaik dunia.Cuba fikir-fikirkan….

Allah S.W.t juga mengiktiraf umah ini melalui firmannya lagi.."Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia,kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah."Surah Ali Imran (110)

Allah memilih umat ini adalah umat terbaik..Umat ini adalah umat yang terbaik yang di kurniakan akal dan mampu menggunakannya sebaik mungkin.Kita dilahirkan dalam keadaan fitrah suci bersih dari kotoran.Akal memandu kita untuk mencari apa yang terbaik dan apa yang tidak.Dengan akal juga manusia dapat mencipta pelbagai teknologi.Umat islam dapat menguasai perbagai bidang termasuk perubatan,kimia,matematik,algebra dan sebagainya.Kini kehebatan itu hanya tinggal dalam sejarah..Oleh itu umat ini perlu mengorak langkah mempertahankan kehebatan tersebut.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi,nabi bersabda,"Kamu menggenapkan 70 umat yang diutus dan kamu adalah yang terbaik dan termulia dari kalangan mereka."(Hadis bertaraf Hasan) Di sini jelas menunjukkan bahawa kamu adalah umah yang terbaik..

Rasanya sekadar itu dulu…Yang baik dari Allah dan yang kurang atas kelemahan diriku.Aku mohon maaf atas kekurangan ini.insyaAllah di lain waktu akan ku coretkan kata2ku..

WaAllahu'aklam .(^_^)


0 comments to "UMAT TERBAIK…"

Post a Comment

:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::



Mutiara Kata untuk Renungan



Saiyidina Ali karamahullah wajhah pernah berkata….
Hiduplah dengan cara yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan di matikan.


Berkasih sayanglah dengan sapa yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan berpisah.


Sesungguhnya kemuliaan seseorang terletak pada Qiamullainya. Kehebatan seseorang tidak bergantung pada orang lain


MANUSIA YG PALING TINGGI KEDUDUKANNYA ADALAH YG TIDAK MELIHAT KEHEBATANNYA,DAN YG PALING MULIA DIKALANGAN MEREKA ADALAH ORANG YG TIDAK MELIHAT KELEBIHANNYA…..

[Renung2kan lah]
1. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.


2. Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.


3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya.


4. Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian di antara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.


5.Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia.


6.Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa

Blog List

::Malaysia::

.:: Archive ::.






free counters

..................................................................

Web hosting for webmasters