Part 1
Al kisah bermula la suatu petang yang agak panas cuacanya di perkampungan Sri Meranti..Aku telah di datangi oleh 2 orang yang tak di kenal.
Mereka memberi salam kepada kami. Assalamualaikum….
Walaikumussalam kami jawab (Jawab salam tu wajib tau)hehehe.
Kedatangan mereka di sambut baik oleh aku,bro dan sahabat yang lain. ''Dalam hati" apa hajat mereka datang ni yer. Al maklum la surau kat bawah kaki bukit tu dah lama tak berpenghuni.Bukan tak memakmurkan rumah Allah tu.Keadaan tika itu tak mengizinkan aku berbuat demikian,sekali sekala aku singgah untuk solat zohor.Tapi kebiasaannya solat magrib dan isyak la sebab time tu free.Kadang aku iman dan ada kalanya bro imam..Ok.
Sementara itu aku bertaaruf sedikit dan kemudian aku masuk untuk menghidangkan minuman.Tah ape yang bro berborak aku pon tak tahu..
Sedang rancak berborak mereka memperlawa untuk menyertai mereka di surau pada malam ni..InsyaAllah aku kata padanya ~dalam hati "ni mesti geng tu punya..'Ish….ish !! tak baik suit ko menduga macam tu.Betol ape..betah hati aku.hehehe
Dulu time kecik2 aku pernah menyertai mereka di satu lokasi.(setengah hari je pon…tak bawa baju punya pasal.)Begitu la cara mereka menarik orang untuk menyertai mereka dengan datang ke rumah-rumah menyampaikan mesej.Kebiasaan mereka datang selepas waktu asar.Aku puji cara.
Berbalik pada isu di atas… kisah iman & ilmu mana lebih penting..
Bermula la dialog kami.
Orang tu : Kamu ini islam ker.?
Aku : Dalam hati bengkek beb~sah-sah la kami ini islam.Point
pertama dah mengena..Tak pe aku simpan dulu.
Orang itu : Berapa orang tinggal kat sini?
Bro : 4 orang.
Orang tu : Kerja kat mana…Kerja ape
Bro : Kerja kat UTM…Research assistant (RA)
Aku : Bila sampai sini..
Orang tu : Malam tadi..Kami datang buat majlis sikit.Datang la majlis malam
ni.
Kami : InsyaAllah biiznilla (kalau di izinkan Allah)
Aku : Majlis ape yang abg,pakcik nak buat kat surau bawah tu..!!!
Orang tu : Majlis Zikir Iman dan Amal…
Kami : Majlis Zikir Iman Dan Amal ????Pelik ni..Nak kena pergi gak malam
ni nak tahu macam mana.(aku set time aku dengan bro dan
kawan)pergi time azan magrib.
Orang tu : Kadang-kadang hidup kita(pakcik) ni kosong je.Sebelum ni pakcik
tak join pon benda-benda macam ni..Pakcik fikir macam mana akhir
hidup kita,anak,isteri kita,aurat,keruntuhan moral
remaja..Teruk-teruk semuanya.Allah-allah.Tu yang pakcik masuk
dengan dia orang ni.(dalam hati aku..bagus la macam tu)
Sorang lagi cerita dia masuk ni sejuk hati dia hidup dalam jamaah.Dulu aku sekolah biasa jer.Agama pon sikit tak banyak..
aku belajar jer join ni.Nak kongsi ilmu.~macam2 la pakcik
tu cerita…Aku pon dah tak berapa ingat sangat ape yang pakcik tu
cerita.Yang sorang tu dah setahun join ..
Aku : Dalam hati fine la..Syukurlah
Bro : Bro cerita la pengalaman dia belajar kat Bagan serai Ipoh
(Madiwa)~aku tak cerita pon yang aku belajar kat Al-Azhar…diam
membisu jew..heheheh
Tiba2 lak pak cik tu cerita pasal iman
Orang tu : Iman penting..Kalau tak ada iman hidup kita macam tu la ini
la.(tak berapa ingat ape yang di ceritakan lebih kurang macam ni
la)
Bro : Kalau tak ada ilmu macam plak..tegas bro!!!
Orang tu : Orang tu diam ..Iman lagi penting.Kalau tak ada iman kita tak jadi
seperti ini sekarang.Kita syukur hidup2 jer dah ada iman dari mak
ayah kita yang islam…(blah2 la dia cakap.`hati aku )
Dia cuba pertahankan hujah dia…Ok fine
Bro : Dalam al-Quran surah al-alaq ada sebut awal2 lagi…Iqra'
bismirabikal lazi holaq..(Bacalah dengan nama tuhan mu yang
menjadikan kamu.)
Ayat ni pertama dalam surah ni berbunyi bacalah,ini menunjukkan
ilmu itu sesuatu yang
penting.Nak tunjukkan ilmu tu awla dari iman..Nabi S.A.W terima
wahyu melalui perantaraan malaikat jibril..Jibril suruh nabi baca
Iqra' Bacalah..3 kali nabi jawab tak tahu.so membaca itu sesuatu
yang penting.
Aku : Macam mana pulak pakcik boleh cakap iman lebih penting…
Orang tu : Pak cik tu diam sekejap…Cerita kisah nabi-nabi.Adap-adap la..
Blah…blah…blah.
Aku : Fine..Nak cerita kisah nabi kena ada ilmu betol tak..(Orang tu
diam) aik macam nak perang la plak…
Bro : Mintak maaf kalau cakap pasal masalah ni..banyak dah saya
dengar.Dulu time belajar dulu,masa tu nak exam ni.Datang la orang
ni..blah2 bro cerita.time tu memang buzy nak
exam. Datang dah la time2 orang nak mengulangkaji buku nota..al
maklum la nak exam.Tanya macam2 semua…Dush.!!!!!.
Satu kisah lagi orang ni datang jumpa seorang ustaz(bro) nak
cerita bab iman..Ustaz tu cakap ko balik cari ape itu iman baru
datang jumpa aku.Terdiam orang tu.
Point yang aku nak sampaikan ni : -
1- Kalau nak bercakap tu tengok orang dulu..Jangan main balun jer cakap…Macam di awal2 bab tadi.~tak patut Tanya kalau dah tahu orang itu islam..Memberi salam itu di tuntut dan menjawab salam itu wajib…Tak jawab salam berdosa..
2- Kalau nak bercakap tu hati-hati..Jangan jadi jahil plak…Ilmu dan iman mana lebih penting…Sah2 la ilmu penting,kalau tak ada ilmu macam mana nak cakap pasal iman(sah2 orang tu jahil)Semoga Allah memberi taufiq kepadanya.
3- Hidayah itu milik Allah.So dia berhak memberi kepada siapa yang di
kehendaki.Just kena usaha.
4- Mendengar penjelasan itu boleh menyelesaikan sesuatu perkara
5- Kepada mereka yang tidak berilmu tu jangan la jadi guru jahil dikalangan
masyarakat.Takut2 lagi menyesatkan..
Ingin sekali aku tekankan di sini apa2 pon ilmu lebih penting dari segalanya….
#Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahat…mati pon kena tuntut ilmu(talkin untuk orang hidup bukan orang mati)
#Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China…Carilah ilmu di mana sahaja kamu berada..
Story ni akan bersambung pada episode kami di surau….Nantikan part 2 story ini..
~daa2 nak relex jap….
Wsalam......
(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.
Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Abul A’la al Maududi berkata:
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-
(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah dengan mengenakan tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam Ape yang lebih penting memahami batasan aurat dalam kehidupan menurut syarak selain menyedari keharaman atas semua tindakkan kita dalam etika berpakaian. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.
Sheikh Ali Thantawi:
"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa"……Renung2kan lah
Setiap dari aku,kita,kamu,mereka dan semua orang ada tanggungjawab yang perlu di laksanakan.Manusia itu memegang amanah.Dan setiap amanah itu perlu di selesaikan.Bersalah rasanya membiarkan mereka yang mengakui adanya pencipta namun di sebalik hal itu mereka mempersendakan perintahnya.Budaya dan adat mengatasi segalanya,namun apa boleh buat mereka lebih berhak menentukan ke mana hala tujuan mereka selepas ini.Syurga or Neraka(Nauzubillahi min Zalik)
Tak mampu aku untuk merubah segalanya melainkan mereka sendiri merubah diri mereka sendiri.Apa gunanya akal yang di berikan kalau tidak di pergunakan kearah kebaikan.Dia menciptakan manusia dan dia juga yang memberi hidayah kepada siapa yang di kehendaki.Kita sebagai hamba perlu berdoa supaya di beri hidayah..
"Ilahi las tulil firdausi aa'la,wala aqwa alan naril jahim"
Tuhanku aku tidak layak masuk syurgamu namun tak pula aku sanggup menanggung azab nerakamu..
WaAllahu aklam...
Sedikit pengalaman di timut tengah dan aktiviti musim sejuk & panas
Malam ini genap la usia Ramadhan yang ke-18 untuk sekian kalinya pada tahun ini..Aku just tulis ape yang terlintas kat benak aku ni, walaupon aku sendiri tak tahu nak menulis tentang topic ape sebenarnya..Tapi aku akan cuba juga siapkan satu part.
Tapi tidur lama pon tak bagus juga untuk kesihatan…Lagi-lagi tidus selepas subuh.Bak kata orang tidur selepas subuh boleh mengurangkan rezeki….hehehee.
Macam la ko tak pernah buat, desis hatiku.Kadang-kadang aku merasa bersalah terhadap diri aku sendiri.Perwatakan aku sendiri membuatkan aku ingin jadi seperti orang lain.Kenapalah aku tak jadi seperti si anu tu.
Setiap kali selepas sahur aku peruntukkan sedikit masa untuk bersamanya,berteleku di atas kain sejadah kesayangku..
Time kecik2 dulu, aku ni nakal punya ke main lagi.Nakal senakalnya.Aku pon tak berapa ingat zaman jahil dulu.Mana ada PC time tu.Yang ada permainan tradisional jer,cam gasing,guli,laying-layang,kaki 3,pop pop.Semua permainan ni aku layankan.Sampai satu tahap aku gali lubang nak tanam guli maklumlah terlebih muatan dalam balang bekas aku.Nak simpan dalam rumah takut mak buang.Banyak gila guli aku time tu.Suka la tu kalau main guli asyik menang jew…hahaha.Orang pro beb hehehe.Perasan la kamu ni Muhammad..huhuh.Aku tak ingat sangat kenakalan aku time kecik kecik dulu.
Lagi 1 time mandi kat laut,mandi punya mandi kawan aku ajak cari beliung..tahu ke beliung tu ape.hehehe.Ala macam kepah juga tapi besar warna cengkerang putih cinting.kerang pon aku cari.
NAMUM KITA PUNYA KEHENDAK DAN KUDRAT ILAHI MENGATASI SEGALANYA.CIPTAANNYA TIADA SIAPA DAPAT MENANDINGI.KITA PUNYA KEHENDAK DAN SEMUA KEHENDAK ITU TIDAK SEMUA DAPAT KITA KECAPI.KITA PUNYA IMPIAN TAPI TIDAK SEMUA IMPIAN KITA TERCAPAI.KITA PUNYA ILMU,SETAKAT MANA ILMU ITU JIKA HENDAK DI BANDINGKAN DENGAN BUIH DI LAUTAN.
KITA PUNYA IMAN TAPI SAYANG SETAKAT MANA KITA MENILAI IMAN ITU.KITA PUNYA AKAL TAPI SAYANG AKAL ITU SUDAH DI KOTORI.KITA PUNYA NAFSU TAPI SAYANG NAFSU MENGATASI SEGALANYA.KITA PUNYA SEGALA2NYA TAPI SAYANG SEMUA ITU TIDAK BERFUNGSI MENGIKUT ACUANNYA.....
FIKIR2KAN
Assalamualaikum...
Di sini aku ingin kongsi bersama sahabat2 tentang lagu ni..Ada mula dan mestilah ada akhirnya.tak gi tu..
Wali band is simple…..Nak tanya korang
Bestkah lagu ni...?? Terpulang la pada korang untuk menilai….
Bagi aku lagu ni best sebab liriknya..So dengar la banyak2..10 x pon tak pe..hehehe
P/s Hayatilah maksud yang tersirat dalam lagu ini..
Semoga bermanfaat..
WaAllahu'aklam….(^_Q)
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..
Cinta adalah satu anugerah yang tak ternilai.Sifat cinta itu lahir sejak azali lagi..Sejak kecil lagi naluri cinta itu hadir dalam kehidupan manusia.Misalnya Bayi di sayangi oleh ibu bapa dan sesiapa sahaja yang melihat akan menyukai kerana fitrah bayi itu suci bersih dari dosa.
Firman Allah Dalam surah At-Taubah ayat 24 bermaksud : Katakanlah,"jika bapa2,anak2,saudara2,isteri2,kaum keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulnya dan berjihad di jalannya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya," Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada oang2 fasik.
Ayat di atas menerangkan betapa pentingnya cinta Allah dan rasul mengatasi cinta sesama mahluk melebihi segala isi dunia.Cinta adalah segala2nya..Cinta boleh membahagiakan hati dan kadang kala cinta juga boleh memusnahkan kehidupan manusia itu sendiri.Manusia cintakan kepada semua keadaan,Misalnya,cinta kepada buku2,harta kekayaan dan sebagainya.Tak kurang hebatnya cinta remaja zaman sekarang adalah cinta yang terlarang cinta yang membawa kepada kemurkaan Allah.Berpegangan tangan dan berpelukkan ada perkara biasa bagi remaja zaman ini.Halal dan haram sudah tak di endahkan.Kemanakah hilangnya keislam kalian.Adakah islam sekadar nama sahaja?Munkinkah islam itu sekadar ikutan?Ya Allah tak takutkah akan azab Allah di hari kemudiaan.
Cinta itu tak ada salahnya, yang salah adalah manusia itu sendiri yang tak pandai nak menghargai cinta.Lelaki dan wanita saling memerlukan.Kisah Cinta sahabat Abdullah bin Abu Bakar dengan isterinya yang rupawan adalah tauladan yang baik.Bapa Abdullah meminta akan anaknya menceraikan isteri kerana takut cinta anakya akan melebihi cinta kepada Allah dan rasul di sebabkan paras rupanya.SubhanaAllah.
Manusia saling memerlukan,kerana itu Allah jadikan setiap mahluk itu berpasangan.Hebatnya perancangan Allah.semuanya telah diatur..Manusia di ciptakan untuk saling kenal mengenal.Firman Allah yang berbunyi "tidak aku jadikan jin dan manusia itu adalah untuk mengabdikan diri kepadaku"..Jadi cinta itu tidak salah kerana manusia itu saling memerlukan atas dasar ibadah..
Perkahwinan itu adalah satu ibadah untuk manusia mengembang biakkan zuriat keturunan.Dalam aspek kekeluargaan pula,perkara yang penting adalah memilih pasangan hidup.Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi bermaksud, "Pilihlah Wanita dari kalangan yang baik agamanya kamu akan selamat."Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, "Jika lelaki yang datang meminang itu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya terimalah dan kahwinilah dia.Dalam Hadis ini menggambarkan cinta itu penting dalam membuat pemilihan dalam kehidupan..
Melalui cinta juga menusia akan di uji dengan beberapa ujian.Hanya mereka yang mampu sahaja sanggup Melaluinya..Sekadar itu yang mampu aku coretkan pada kali ini..Salah silap harap di perbetulkan.InsYaAllah.
P/s : mohon doa sahabat untuk ku mencari cinta hakiki.
Ya Allah kurniakan kepadaku sahabat2ku lisan yang sentiasa mengingatiMu,Hati yang sentiasa Khusyuk kepadamu..Amin...
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..
Angka 9 merupakan tarikh kelahiranku,maayu adalah bulan kelahiranku.
9 maayu yang lalu genaplah usiaku 24 tahun..Perubahan demi perubahan berlaku pada diriku..
Banyak persoalan bermain di benak fikiranku..Banyak nikmat yang telah engkau pinjamkan padaku.....
Usiaku,amalanku,kelakuanku,perasaanku...semuanya bermain di fikiranku.Usiaku kemanakah ku habiskan selama 23 tahun yang lalu.
Adakan pada perkara2 kebaikaan(ketaatan),Amalanku selama ini,adakah diterima oleh Allah,solatku,puasaku,zakatku,
ibadah2ku sedekahku adakah ikhlas semata mata keranaNYa.Kelakuanku adakah menyenangkan semua orang,at list kawan2ku..
Semakin meningkat usiaku semakin aku hampir padaNYa.Aku akur padaMu ya Rabb..Memang aku tak terlepas dari melakukan kesilapan sepanjang umurku ini.
Semuanya dalam genggamanMu.
Engkau mengetahui yang zahir,batin,tersembunyi,sebelum dan selepas semuanya dalam pengetahuanMu..Engkaulah tuhanku..
Tuhan segala tuhan yang ada,tuan kepada semua mahluk ciptaanMu.Tuhan yang mentadbir alam semesta.....
Banyak kelalaian telah aku lakukan sepanjang usiaku,dosa2 yang zahir mahupon batin...
Aku berisTiqfar padaMu ya Rabb.atas keterlanjuran kelakuanku padaMu,Aku merindui syurgaMu ya Rabb..
Adakah aku layak menghuni syurgaMu..??? fikir2kan
End story : besday berakhir pada satu majlis potong kek di office...(^_Q)
ps/ Jazakumulallahu khairan jaza'kepada kengkawan yang wish tempoh hari..Moga moga doa kalian di makbulkan olehNya..Amin
Pesan pada diri ini ...Selalu tingkatkan amalan,jangan abaikan tanggungjawab sama Allah,mak ayah diri and mahluk.
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..
Alhamdulilla segala pujian yang layak hanya untukNya..Segala yang kita miliki adalah pinjaman sementara.Oleh itu setiap nikmat yang kita perolehi hendaklah di jaga dengan sempurna.
Setelah sekian lama menyepi namun kini ku gagahkan juga untuk menaip entri2 walaupun tidak mempunyai idea.Tidak ada apa yang ingin ku coretkan pada kali ini..harap2 coretanku kini bermanfaat untuk orang lain,tak banyak sedikit...insyaAllah....Amin
Exam...Exam...exam.Begitu la riaksi kawan2ku setelah mendengar pengumuman dari pihak kuliah.Tension juga exam ni kan.Macam satu bebanan..hehehe.
Mungkin trend study tempat orang berbeza berbanding negara sendiri.itulah yang berlegar di fikiranku..(tah ape yang aku omongkn pon aku tak tahu)hehehe.Exam tu kan salah satu ujian nk uji tahap penguasaan kita terhadap sesuatu ilmu..ilmu itu cahaya,dan cahaya itu tak akan menembusi hati2 yang kotor.. hati yang kotor tu cam enjin la..kalau lama2 tak service berkarat.kalau dah berkarat susah la bersihkan.cam ilmu juga kalau hati kotor camne ilmu tu nak masuk meresap kedalam jiwa..so kalau rasa2 tension study tu check la diri.Perbanyakkan baca Al-quran,zikir.
Sebaik penawar yang paling mujarab adalah Kalamullah..
Untuk kawan2 ku Dr.Farhan,Amir al-Amin and semua sahabat yang berada di muhafazah,Cairo,tanta,mansurah,zagazik,alex,soubra(medic,Qiraat,syariah,usuluddin and lughah)semoga beroleh kejayaan (Usaha + Doa + Tawakkal = kejayaan milik kita)insyaAllah
=P : Hakikat sebenar Ujian tu masih jauh untuk kita tempuhi..... :)
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..
Buzynya sem ni...bkn ape,cuti je pon..buzy buzy buzy i2 lah yang berligar dalam fikiran ni.Bukan ape sebenarnya.
Tak de masa nak update blog ..Lagi pon cc pon tak berapa nak elok,mujur la kebuzyan ni tolong..Kalau tak tak tau la..so bersyukur la dengan ape yang kite dapat..susah,senang,buzy..semua tu nikmat..
Dia yang menggerakkan semuanya..dialah yang merancang semuanya.So kita sebagai manusia kena banyak bersyukur..Jadi banyak2 la kita ni panjatkan syukur padanya.
Lagi2 aku ni..kena banyak bersyukur..
Banyak dah nikmat yang aku dapat kat ardul kinanah..So aku pesan pada diri aku perbanyakkan bersyukur..Kawan2 pon kena banyak syukur.Rojer
WaaLLAHUA'KLAM
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Injin adalah salah satu alat penggerak bagi sesebuah kenderaan,Expecially kereta la..
So korang kalau nak berjalan jauh2 kena pastikan cek teliti dahulu injin kereta n peralatan dalam kereta tu terutama injin.Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal bab injin ke ape cuma aku nk kaitkan dalam kehidupan seharian kita jer..Yela kan maklum zaman sekarang ni..
Begitu juga dengan diri kita ni..Kita nak tempoh perjalanan yang jauh beribu ribu batu.Takkan nak biar diri kita ni rosak dengan arus dunia,kita ibarat injin la kata kan,kalau kereta kita pergi servies,Begitu juga hati kita ni perlu di servies dengan iman amal dan takwa sepanjang masa.
Korang pernah dengar kata2 nikan....Aku nak tuju pada diri aku ni n kawan2.So aku gabungkan injin kereta n moniter(komputer)...Korang renung2kanlah yer...Choiyok..
-Hiasi interface wajah dgn menundukkan pandangan,
-Jaga monitor pancaindera dgn perkakasan keimanan,
-Defrage ketulan hati dgn asuhan Al-Quran dan zikrullah,
-Scandisk amalan dgn uswatun hasanah,
-Clean up partition dosa-dosa lama dgn taqarrub pdNYA..
-Scan virus hasutan iblis laknatullah dgn
benteng iman dan keyakinan pdNYA,
-Refreshla kecintaan hakiki pdNYA dgn segera dan
selalu memohon keampunan NASUHA,
-Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman.
-Restart la kehidupan sementara yg
seakan-akan temporary internet files
yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda.
-clear history lama dalam recycle bin dunia..
-ayuh.. restartla atau ctrl + alt + delete
segala kegelapan jalan yang dilalui..
-gantikan dgn sinar baru dgn restart dan
letakkan password admin IMAN sebagai benteng menghalang syaitan,
iblis dan nafsu yang bertopengkan kelembutan seorang user..
-SEGERALAH..sebelum hayat hidup kita
di SHUTDOWN oleh Allah TANPA AMARAN.....c",?
Salam Magfirah.. wa Taqarrub..… ^-^
Aku nasihat diri aku sekali lagi n sahabat,selalulah baca Al-Quran kalau nak hati kita bersih.Cewah macam la aku selalu baca Al-Quran..Hahaha..Aku akan cuba pertingkatkan..
Wa'allahua'lam..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Dunia sekarang makin hari makin canggih.Banyak perubahan berlaku kat atas muka bumi ni.So aku nk bawa korang tinjau2 dunia ni...
Kereta mewah dari Arab Saudi ni memang menarik reka bentuknya..Tapi korang kena ingat k,kalau Allah tak bagi ilham kat manusia untuk lakukan semua tu..Maka x terdaya manusia nak lakukan semua tu.
Potongan body kereta mewah memukau bagi penggemar kereta...Allahu rabbi.
So lepas ni banyak2 kan syukur pada Allah yer bagi kita ilmu ilham buat semua tu..Tiada daya upaya melainkan kehendak dia...
Wa'allahua'lam
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
1) Pemarah
Semua orang tak suka dengan sifat nikan.
Sifat ni mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di
dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan
dan hati tentunya tidak terang.Sifat marah datang dari syaitan,api kalau x di padamkan dengan air akan merebak,so kalau dah marah2 tu cepat2 la ambil wuduk
2) Pendendam
Sifat ni lagi la org x berapa suka,buat pe nak dendam2
ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang
seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas
dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab
itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.Betul ke tidak
wa'allahua'lam
3) Hasad dengki
Buat pe nak gaduh2,dengki sini dengki sana..Last2 lingkup dengan hasad dengki..Allah tak suka sifat ni coz bagi aku org ni memiliki sifat ketuhanan dalam diri
4) Bakhil
Jangan kedekut atau bakhil...Harta sumenya bukan milik kita,tak tau lagi harta yang ada tu tah2 untuk sape.So kalau korang bakhil..ingat2 la mati..Harta takkan nak bawa kat alam kubur kot..kuang2 dapat la pahala kalau kita sedekahkan..Allah lebih
sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang
yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya
itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5) Tamak
Bak kata pepatah orang tamak selalu rugi. Ingat! Yang
dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu
belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang
lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6) Tidak sabar
Sabar tu kan sebahagia daripada iman so sabar jer laa dengan ujian tuhan,kalau tak sabar hidup ni x bermakna...
7) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling
tidak tenang. Orang yang ada sifat ini pantang tercabar
dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya
sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
8) Riak
Allah marah kalau kita riak, takabbur
dengan apa yang kita ada.Rasa2 ade jer sifat riak tu..cepat2 la istigfar.
Manusia ni pantang jer di puji.. contoh berlakon-lakon di depan orang. Jika ia
dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan
mengurangkan amalnya.
9) Cinta Dunia
Hubbut dunia @...
Cinta dunia merupakan 'neraka dunia'
kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang
buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan
dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi
dan akhirat dibawa mati.
Cuba renung2kan dan fikir2kan kalau ade 9 sifat ni.Hati kita tidak Bahagia.So cuba tanya diri kita(bagi diri aku) n buang sifit ni jauh2 kalau ada..nauzubilla..
Wa'allahua'lam
Dengan nama Allah lagi maha pengasih lagi maha penyayang..
Pic ni aku dapat dari seorg kawan,Hujan batu di US..Aku terfikir nak kongsi dengan member2..Banyak yang dapat kita saksikan tentang kejadian alam ni dan semua perkara yang berlaku itu ada hikmah and Allah ingin menguji hambanya,fikir tadabbur n renung2kan kejadian alam ini.Semoga dengan kita memikir kejadian alam ni dapat menginsafi diri kita ni yang hina lagi kerdil di pandangan ilahi.....
Apa reaksi korang bile lihat 3 ketul ais kat atas ni....!!!!
Lagi lagi hujan,lagi lagi hujan,hujan la lagi...hehehe..Hujan satu rahmat dari Tuhan.So kalau dah hujan cam ni..Alamatnya Allah nak bagi peringatan pada hambanya...Cube fikir2kan.
Harta benda semuanya musnah dengan sekelip mata..Nak ceritanya semua tu hakikatnya pinjaman jer buat kita...
Kereta pon musnah,ni kan kita manusia lagi la..hahaha...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih...
Gembira rasanya apabila aku berjaya menjejakkan kaki ke perkampungan Tajj Ghaira Al-Ajam.Pelik nama Kg ni Mahkota yang bukan org Arab.Sebuah Kg yang agak seronok untuk dikunjungi.Bagi aku sudah 2 kali aku mengunjungi bait sodiqi.Ckup ehtiram akan tetamu yang brkunjung kerumahnya.Sejak aku berkenalan dengannya tak pernah terlintas di benak aku dapat berkawan dengan..AllahuAkbar..Azim2.Sejak mula aku b'kunjung kerumahnya pada kali pertama 2 tahun yang lepas aku dapati tak ade seorang pon yang datang kerumah beliau akan di kecewakan.Sgt2 ehtiram akan tetamu yang hadir.Lebih2 lg org bukan arab macam kami.
Janji akan di kotakan.Perancangan aku dan shbt aku tempoh hari terlaksana,Alhamdulilla bejaya jua aku sampai pada kali ini.Bermula perjalanan pada pagi sehingga la aku pulang semuanya beres belako..Nk ceritanya,shbt aku B'ukhwah lilahi taala..bertemu kerana Allah berpisah kerana Allah.Baginya biarlah berkekalan kerana lilah
Semua org pernah dengar hadis nikan,x akan masuk syurga seseorg kamu sehingga la kamu mengasihi sahabat kamu sepertimana kamu mengasihi diri sendiri..Layanan yg di berikan sgt istimewa..Makan minum,tido,pakaian semua di tanggung beres..
Hiwar kami tak lari dari topic2 ilmiyah,ilmu,ulama'Bestnya...Susah nak dapat shbt cam dia. Mungkin kelebihan dia haffal kullu 30 juz minal Quran,dah tentu la faham makna n maksud.lagi pon org arab aib bagi dia kalau x hafal Al-Quran
Bagi aku ukhwah org Ajam macam kita ni x sama mcam ukhwah org arab.coz kelebihan arab fahami Quran.
Sampai aku balik rumah pon dia contact aku tanya dh smpai ke rumah...Aku taajub dengan dia.Susah nak cari orang cm dia ni..Betul2 dia jaga ukhwah.
Kesimplannya Ukhwah tu hak allah Taala,bukan hak individu.Kalau Allah x beri kita nikmat berukhwah tak dapat la juga kita nk rasa manisnya berukhwah So pas ni pesan pada diri sama2 la kita jaga ukhwah sesama kita kalau kita nak rasa manisnya berukhwah....
Waallahua'lam
Dah lama benor ana x mengupdated blog ni.Kalau x de pape Bak'da usbuq ghai insyaallah ana akan updated blog ni..Buat masa sekarang ni buzy.selepas imtihan ni nak lepak2 dulu tak nak pening2...nk relax dulu.Pasni dh nak balik kaherah..Insyaallah pasni ade cerita terbaru untuk ana kongsi dengan sahabat-sahabat tentang pengembaraan n jaulah ke rumah sahabat arab.Kenal budaya and adat dia orang...
Saya sangat tertarik dengan ayat Al-Quran yang mafhumnya....
"Maka ketika mereka berjalan lebih jauh,berkatalah Musa kepada muridnya: "Bawalah ke mari makanan kita;Sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini."Muidnya menjawab: "Tahukah tuan tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi,maka sesungguhnya ku lupa menceritakan tentang ikan itu kepada tuan dan tidak ada yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali."Musa berkata: itulah tempat yang kita cari." Lalu keduanya kembali,mengikuti jejak mereka semula bertemu.Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba kami yang telah kami berikan rahmat dari sisi kami dan yang telah kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi kami.Musa berkata kepada Khidhir." Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah di ajarkan kepadamu?" Dia menjawab,"Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku.Dan bagaiman kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"Musa berkata: " InsyaAllah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar,dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu apa pun."Dia berkata jika kamu mengikutiku,maka jangan kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun,sampai aku sendiri menerangkannya kepada kamu."Maka berjalan lah keduanya,sehingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhir menebuknya.Musa berkata."Mengapa kamu menebuk perahu itu yang akibatnya kamu akan menenggelamkan penumpangnya?"Sesungguhnya kamu telah berbuat satu kesalahan yang besar.Dia (Khidhir)berkata:Bukankah aku telah berkata:Sesungguhnya kamu sesekali tidak akan sabar bersama dengan aku" Musa berkata: "Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku." Maka berjalanlah keduanya;hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak,maka Khidhir membunuhnya:Musa berkata."Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih,bukan kerana dia membunuh orang lain?Khidhir berkata bukan aku sudah katakan kamu sesekali tidak akan dapat sabar bersamaku?"Musa berkata:"Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah(kali)ini,maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu,sesungguhnya kamu telah cukup memberi uzur padaku."Maka keduanya berjalan,hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk negeri itu tetapi penduduk negeri itu tidak mahu menjamu mereka,kemudian keduanya mendapatkan dlam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh,maka Khidhir menegakkan dinding itu.Musa berkata jikalau kamu mahu,nescaya kamu mengambil upah untuk itu."Khidhir berkata:"Inilah perpisahan antara aku dengan kamu;Aku akan beri tahu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak sabar terhadapnya.Adapon bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut,aku bertujuan merosakkan bahtera itu,kerana di hadapan merekaada seorang raja yang mrampastiap-tiap bahtera.Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin,dan aku kuatir bahawa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.Dan kami menghendaki,supaya tuhan menggantikan bagi mereka dengan anak yang lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya(kepada ibu bapanya).Adapun dinding rumah itu kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu,dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua,sedang ayahnya adalah seorang yang soleh, maka tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu,sebagai rahmat dari tuhanmu;dan bukanlah aku, melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak sabar terhadapnya....
(Surah al-kahf;62-82)
Cuba renungi beberapa pengajaran dari pada kisah Nabi Musa 'alaihissalam dengan Nabi Allah Khidhir 'alaihissalam.
1)TIDAK BOLEH BERCAKAP BESAR WALAU BAGAIMANA KUAT ALASANNYA...
2)ALLAH S.W.T TIDAK MURKA KEPADA HAMBA-HAMBA PILIHANNYA APABILA MELAKUKAN KESILAPAN
SEBALIKNYA,ALLAH S.W.T MEMBERI PETUNJUK KEPADA MEREKA SEHINGGA MEREKA BOLEH
MELIHAT SESUATU DENGAN WAJAH SEBENAR.
3)NABI MUSA BERMINAT MEMPELAJARI ILMU DARI KHIDHIR WALAUPUN TELAH DIANUGERAHKAN ILMU
PENGETAHUAN KEPADANYA.JUSTERU MENCARI ILMU YANG BERMANFAAT ITU SUNNAH NABI
4)MENUNTUT ILMU MEMERLUKAN DAYA USAHA DAN KESABARAN YANG TINGGI.KESUSAHAN YANG DI
TEMPUHI BERBEZA DALAM SETIAP SITUASI.
5)SEORANG PELAJAR PERLU MENUNJUKKAN RASA HORMAT TERHADAP GURU.NABI MUSA ADALAH
SEORANG RASUL YANG UNGGUL AKAN TETAPI BAGINDA MENEGUR GURUNYA DENGAN BEGITU RENDAH
DIRI DAN HORMAT
6)aLLAH S.W.T MENGANUGERAHKAN ILMU PENGETAHUAN TERTENTU LAGI TERBATAS KEPADA
RASUL2NYA DAN INSAN PILIHAN.iLMU ALLAH TIADA TARANYA.NABI mUHAMMAD S.A.W BERSABDA;
KETIKA NABI MUSA DAN KHIDHIR BERADA DI ATAS PERAHU SEEKOR BURUNG PIPIT HINGGAP DI
HUJUNG PERAHU DAN MEMINUM SEDIKIT AIR LAUTDENGAN PARUHNYA.KHIDHIR BERKATA KEPADA
NABI MUSA AS.PERBANDINGAN ILMU YANG KITA MILIKI
SEUMPAMA AIR DI DALAM PARUH BURUNG ITU JIKA HENDAK DI BANDINGKAN DENGAN ILMU aLLAH
7)KHIDHIR MENGATAKAN BAHAWA BELIAU TIDAK MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT ATAS KEHENDAK
SENDIRI BAHKAN ALLAH S.W.T TELAH MEWAHYUKAN KEPADANYA BEBERAPA ILMU YANG TIDAK DI
KURNIAKAN KEPADA NABI MUSA.DIA MENGURNIAKAN SEBAHAGIAN ILMUNYA KEPADA SESIAPA YANG
DI KEHENDAKI.aLLAH MAHA LUAS PENGETAHUANNYA TERHADAP PERKARA2 GHAIB DAN
TERSEMBUNYI.KITA ADALAH SANGAT TERBATAS DALAM PEMAHAMAN MENGENAI ILMUNYA.
Apakah kita manusia???Cuba tadabbur kalamullah dan ambillah ilmu yang bermanfaat kalau kita inginkan kebahagian hidup dunia akhirat. :))
Minggu lepas aku ke Alex(Iskandaria) menemankan sahabat aku atas permintaan akhawat untuk mengajar kitab feqh muamalat...Bermula la perjalanan aku dan sahabat aku pada satu petang.Kami bertolak ke mahattah kitar sekitar jam 5.30 pm. Perjalanan tersebut mengambil masa sekitar 2 jam setengah.Kami bertolak ke mahattah dengan menaiki bus.
Kebiasaannya kami menaiki kitar dengan bayaran separuh harga(harga student)untuk ke mana2 destinasi..Kami tidak menghadapi masalah dalam perjalanan tersebut.
Dalam perjalanan tersebut aku dan sahabat tidak banyak berborak.Masing2 dengan hal sendiri..Kami mendengar perbualan budak arab dalam kitar tersebut.Ape yang mereka borakkan aku pun tak berapa pasti.Cuma aku suka tengok mereka berborang sehingga sampai ke destinasi yang kami tuju.Banyak idea rupanya orang arab ni..Banyak berborak pon tak elok juga.Betul tak...Hehehe
Sesampai kami ke mahattah syidi Gabir kami menaiki satu lagi kitar untuk ke mandarah tempat yang kami ingin tuju.Sebelum ke sana kami menunaikan solat jamak' Isyak dan maghrib..Kami bertolak semula dan akhirnya sampailah ke destinasi yang kami tuju.Suasana malam yang a'di di sini dengan gelagat mamat2 arab.Kami tak kesah sebab dah biasa..Kami di tempatkan di sebuah rumah tidak jauh dari markaz banat..Malam tu kami di jamu nasi berlauk,strawbery,kek,air milo..Memang laziz la kalau akhawat yang masak..hehehe.tapi aku tak kisah la..Tujuan kami ke sana bukan nak semua tu.Nak mencurahkan ilmu.
Pada pagi tersebut bermula la misi kami sehingga la berakhir misi kami.Kami berasa puas dapat mencurahkan ilmu,walaupon ilmu kami tak seberapa.Kami dapati akhawat di sana semuanya bersungguh2 dalam nenuntut ilmu.Kelas kami bermula jam 7 Am pada sebelah pagi dan 4 Pm pada sebelah petang.Walaupon mereka kepenatan selepas kuliah yang kebiasaannya bermula jam 9.30 Am dan berakhir sekitar jam 3 Pm.Mereka tetap datang ini menunjukkan mereka bersungguh2 dalam menimba ilmu.Ilmu tak datang tanpa ada usaha yang bersungguh2..Kami kagum dengan akhawat di sana.
Di jangkakan kami pulang awal,dek kerana masalah yang tak dapat di elakkan kami terpaksa menunda perjalanan pulang kami..Ade hikmah di sebalik kelewatan pulang kami.Sebelum pulang kami sempat menziarahi makam Nabi Denial dan Lokman Al-hakim yang terdapat di Iskandaria.Kami berasa puas sekali dapat menjejakkan kaki kami di sana.Tak dapat nak di gambarkan perasaan kami ketika itu.Hanya tuhan yang tahu.
Kami pulang dalam keletihan setelah 5 hari berada di sana.... :))
Demam peperiksaan muncul lagi...Waktu ini la ramai di antara kita yang tercari-cari buku,buat nota.Time ni la library berfungsi sepenuhnya..Ha itu kalau di University tempatan la..Tapi di sini jangankan jumpa library.Setakat kedai buku tu ada lah.. Library mana nak kita pi..terpaksa la beli klu nak bahan rujukan lain kat maktabah buku.... Kenapa ye ramai student yg study bila nak exam??Sendiri mau ingat la...Hahaha.Time ada masa terluang, tidak pula nak buka buku baca, tidak pula nak sibuk2 ke library wat revision..,
Haa, menarik bukan?Apa sebenarnya yang melanda student kita ni..?Ramai kita yang memberi alasan, itu ini..Tapi hakikatnya tanya diri la kalau mahu berjaya.Tak gi tu sahabat2.Jangan kata tak cukup masa,semua orang di kurniakan 24 jam yang sama cuma kita sahaja yang tak pandai nak mengolah masa. Tapi itulah hakikatnya bagi segelintir student kita..Esok nak exam, hah mlm b4 exam tu baru nak tercari note,baru nak baca buku..baru nak itu ini, semualah...pastu bila baca tak habis lagi, mula la tension, takut, x tidur malam, pakat suruh kawan, mak ayah, abang kakak suruh doa kan boleh jawab esok..ish2,usaha dah la tak da, harap doa jer mana boleh, mana nak dapat 'najah' nya..saya tidak menunding jari kpd sesiapa, tp itulah hakikatnya yang kadang2 terjadi kpd kita yang bergelar student...hehe:)
tp bila tiba musim exam ni, semua pakat tak tidur malam..saya teringat first exam saya masa di sini..Abang senior tak tidor malam..Ape kejaan depa ni, Esok exam dah tak tidor2 lagi..Rupanya dok mengafal nota..ada yang baru nah study, yang belum habis baca satu hal. Semuanya sedang khusyuk study, wat discussion, wat revision..dan yang hebat sekali buku baca dia..Bukan dia baca buku,,haha akibat terlalu letih...kalau nak dapat resurt mumtaz baca la study la awal sebagai persediaan kita?Maksud kata di sini, klu time exam tu, jangan risau la, mesti tak sunyi rumah dengan bunyian(hafal)..jangan takut la ,cuma bersedia awal kan bagus....:)
Menteri Pelajaran, Dato Seri Hishamuddin akan mengkaji semula sistem pembelajaran dan pengajaran di negara kita ni yg banyak nya tertumpu kepada exam semata-mata.., memang sistem pengajian kita ini perlu dikaji semula...kenapa??disebabkan 'exam oriented'(exam semata-mata) ni la, kita hanya belajar sekadar untuk pass exam, sekadar untuk mendapat dean list, atau pointer yg baik.Lain ceritanya di University Al-Azhar jika hendak di bandingkan dengan suasananya perlu untuk kita menghafal.Tu la pasal kenapa graduan Al-Azhar lama study di sini.Al-Quran madah wajib Al-Azhar.Tak hafal kompom la nak lulus tu takat2 hidung pon belum tentu..tapi 'kenikmatan' ilmu yg sebenar itu ada bagi orang yang mencari redhanya..kita tak mempraktikkan ilmu yg dipelajari itu dengan sebaiknya..sbb tu la timbulnya masalah study bila nak exam jer..bila lecturer(Doctor) tanya dalam kelas, tak boleh jawab..sbb banyak dari kita ni mengamalkan cara 'al-'ilmu fi kutub, laysa fi sudur'..:)Yang penting sekali niat tu...Ikhlas atau tidak dalam kita menuntut...Tidak lupa pa khaliq yang menngatur semua urusan.Mohon tetap mohon,doa di perbanyakkan, cuma kita kena mengubah cara kita tu jah.Study jer tanpa ada tawakkal, tak boleh juga .....Chaiyok
Renung2kan dan selamat beramal..All the best untuk semua..Selamat menghadapi imtihan kepada sahabat2 semoga Antum kalian beroleh kejayaan dunia akhirat...Amin....
Assalamualaikum....
Sedikit ilmu yang ana perolehi daripada Ustaz ana semoga ianya bermanfaat untuk sahabat2 diluar sana.Cuba amalkan membaca ayat 2 pada surah yang di sebutkan.InsyaAllah jika kita amalkan akan sembuh segala penyakit dengan izin Allah.Ayat ini boleh lah di amalkan pada waktu pagi dan petang sebagai zikir harian kita...
1)Surah Al-Fatihah
2)Surah Al-Baqarah ; ayat 1-5
3)Surah Al-Baqarah ; Ayat 22-23
4)Surah Al-Baqarah ; Ayat 102
5)Surah Al-Baqarah ; Ayat 163-164
6)Surah Al-Baqarah ; Ayat 255-258
7)Surah Al-Baqarah ; Ayat 285-286
8)Surah Ali-Imran ; 18-19
9)Surah Ali-Imran ; Ayat 26-27
10)Surah Ali-Imran ; Ayat 190-194
11)Surah An-Nisa' ; Ayat 56
12)Surah Al-A'raf ; Ayat 54-56
13)Surah Al-A'raf ;Ayat 117-122
14)Surah Yunus ; Ayat 79-82
15)Surah Yunus pada ayat إن الله سيبطله ulang sebanyak 7 kali
16)Surah Toha ; Ayat 1-5
17)Surah Toha ; Ayat 65-70
18)Surah Al-Mukminun ; Ayat 115-118
19)Surah Yasin ; Ayat 1-12
20)Surah Soffat ; Ayat 1-10
21)Surah Ad-Dhuhan ; Ayat 10-18
22)Surah Ad-Dhuhan ; Ayat 43-48
23)Surah al-Ahqaf ; Ayat 29-32
24)Surah Ar-Rahman ; Ayat 33-36
25)Surah Al-Hasyr ; Ayat 21-24
26)Surah Al-Qalam ; Ayat 51-52
27)Surah Al-Jinn ; Ayat 1-9
28)Surah Al-Ansyirah ; Ayat 1-8
29)Surah Al-Zalzalah ; Ayat 1-8
30)Surah Al-Fill
31)Surah Al-Masad
32)Surah Al-Ikhlas
33)Surah Al-Falaq
34)Surah An-Nas
Ayat ini yang ana amalkan.Segala masalah yang ana hadapi beransur pulih dengan izin Allah..Setiap penyakit ada penawarnya...
Ilmu yang sikit jika di amalkan akan bertambah dan memberi manfaat.manfaatkan ilmu yang di perolehi insyaAllah berkat hidup dunia akhirat.
..........................................
Syeikh Wahid Abd Salam Bali (mesir)
Syeikh Dr.Ibrahim Jawarneh (Jordan)
Prof Dato' Dr. Harun Din (Malaysia)
Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Tarmizi Zainal.
Kaherah 09
Negara-negara islam yang berdekatan dengan palestin
Egypt,Palestin,Baghdad(Iraq),Arab Saudi
Kedudukan ibu kota Mesir(Cairo) dan Alexanderia(Iskandaria) berhampiran dengan Palestin serta dikelilingi oleh negara-negara umat islam
Gambar dari kedudukan yang jauh
Bumi yang suatu hari nanti akan musnah
:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::
Blog List
:: SINGGAH SAT ::
Berita Harian | Harian Metro | Utusan Malaysia | Kosmo | New Straits Times | The Star | Jalinan
TV3 | NTV7 | TV9 |
Diskusi BKKIMM
-
▼
2010
(38)
-
▼
August
(26)
- Iman & Ilmu mana lebih penting…
- Syariatnya di lutut..
- My Picture
- DOSA SEMALAM
- Kita Punya..
- Lagu ni..
- Cinta..
- 9..
- Exam..
- Syukur
- Enjin..
- Kerete Mewah...
- 9 sebab..
- Hujan Batu..
- Manisnya Ukhwah.
- Dah lama benor ana x mengupdated blog ni.Kalau x d...
- Teladan
- Iskandaria..
- Demam peperiksaan muncul lagi...Waktu ini la ramai...
- Ayat Penawar.
- Palestin..
- No title
- Laman Web..
- University Al -Azhar
- Nasihat..
- Daie Ooh daie..
-
▼
August
(26)