Negara-negara islam yang berdekatan dengan palestin




Egypt,Palestin,Baghdad(Iraq),Arab Saudi




Kedudukan ibu kota Mesir(Cairo) dan Alexanderia(Iskandaria) berhampiran dengan Palestin serta dikelilingi oleh negara-negara umat islam






Gambar dari kedudukan yang jauh






Bumi yang suatu hari nanti akan musnah

Read more


Laman Web..

Jam 2.15 AM aku tidak dapat melelapkan mata.
chewah...Nak berjaga la tu..Hehehe.Bukan aku tak nak tidur.Tiba-tibe jer gigi aku ni buat hal la plak,terpaksa la aku melayankan.Nak tidur tak boleh, so untuk menangkan kesakitan gigi, aku buka la komputer yang ade dalam bilik aku ni ha....Ha nak buat ape,kali ini aku nak mengedit blog..Tu la kalau dah duduk depan komputer ni sakit pon hilang.Tak kesah la berapa lama aku dok mengadap komputer ni..Balik pada cerita mengedit blog.Sebenarnya aku ni malas nak mengedit mahupon menaip.Cuma hari tu aku sembang dengan kawan aku.Tiba la plak dia tanya pasal blog aku tu...Hahaha.
Aku bagi tau dah terbengkalai,so rasa macam dia nak tolong jer..Aku pon bagi la id aku.Sejak 3, 2 hari ni aku mula minat nak mengedit blog..Korang boleh la buka http://www.isnaini.com/..Kali ini aku nk bagi korang 1 laman web,laman web baik punya, nak tau ape dia sila layari.... http://filehippo.com/dan yang ini untuk korang letak code nasyidfm di blog korang..http://nasyidradiobox.blogspot.com/..Mana yang dah tau tu..x kisah la,cuma aku nak bagi tau jer...ok
Thanks..

Read more Laman Web..


University Al -Azhar

Mari mengenal University Tertua Dunia



Furuq-furuq Al-Azhar



Terdapat lapan cawangan University Al-Azhar



Inilah University tempat aku belajar..Nak promote la plak.



keadaan prasarana dan kemudahan yang ada...kalau korang kat sini korang tau lah macam mana keadaan aku kat sini..tobat



Tempat yang paling banyak berjasa..Ni la kelas aku(Bilik 10)Kelas aku sentiasa berpindah randah,kejap kat mudarraj jadid(Dewan bertingkat2 Baru).Kalau nak merasa meh la belajar kat sini.



Panorama hadapan kuliah aku....Sempoi jer.



Nak juga letak pic....Hahaha..Suasana dalam mudarraj jadid



Panorama belakang kuliah dan masjid Al-Azhar sebagai mercu Al-Azhar University terulung dunia

Read more University Al -Azhar


Nasihat..

Mohon maaf kepada tuan punya coretan...
Sekadar untuk ana berkongsi dengan sahabat yang lain..
@by friendster pamie...


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan
meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-
tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA
MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para
sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur antum banyak mana antum buat ibadat...?
Zaman muda antum, apa yang telah antum buat...?
Harta benda antum, dari mana antum
dapat...?
Ilmu antum, adakah antum manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat..

Read more Nasihat..


Daie Ooh daie..

Petang tadi selepas majlis Ramah Mesra AJKT,aku terus jer balik bersama Syahir kawan sekuliah ku..Pagi tu aku ke kuliah dahulu sebelum singgah ke rumah sahabatku.Ya la,orang penting di muhafazah selepas AJKT.Tugas beliau adalah menjaga dan menyampaikan maklumat atau info terkini sebagai wakil di muhafazah
Saban tahun kalau ada majlis Ramah mesra akan di jalankan di rumah mandub,kalau peringkat hewi mandubah la..Huhuhu.Tujuan diadakan majlis tersebut adalah untuk kita sama-sama bermuhasabah dengan pemimpin-pemimpin kita.Sama-sama bertukar pendapat,berkongsi idea untuk kita sama-sama membuka minda sejauh manakah kita selaku ahli turut serta dalam berpersatuan.Tugas walak atau pemimpin yang baik bukan la mudah,bukan la satu perkara atau isu di sini.Tetapi bukan semudah itu untuk kita menjadi seorang Daie'.Seorang Daie' itu memerlukan satu kekuatan dalaman,kekuatan inilah yang memandu seorang daie' itu lebih mentakarrubkan diri kepada Allah sebelum boleh berhadapan dengan apa jua halangan dan rintangan.
Pimpinlah diri kamu sebelum kamu memimpin orang lain..Berdasarkan Hadith :..''kullukum rain wakullukum massuulun an raiyyatihi''Mungkin perkataan ini selalu kita dengar.Orang selalu mempertikaikan soal kepimpinan.Adakah wajar kita mempertikaikan???Jawabnya tidak.Kenapa saya berkata begitu.Orang selalu mempertikaikan soal ini itu.Bukankah mereka yang memilih atau mencalonkan pemimpin itu suatu ketika dahulu.Ooh tidak sama sekali..Pemimpin itu ini tidak bagus.Amat malang lah bagi seseorang itu sekiranya dia tahu akan perkara tersebut lalu memilih seseorang itu menjadi pemimpin.Maka dia berdosa lantaran perkara tersebut.Firman Allah taala,mafhumnya "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya,dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya.Sesungguhnya Allah adalah maha mendengar lagi maha melihat"(Ayat 58: surah An-Nisa).......Bersambung pada episode akan datang.Insyaallah



Kali ini saya nak sambung episode saya.....

Iklaskah aku..

Betapa beruntungnya seorang hamba itu seandainya
memiliki sifat ikhlas.Sifat ini mampu mencetuskan
suatu kelainan dalam diri seseorang itu.Apabila kita
melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa mengharapkan
ganjaran,habuan dunia nescaya kita dapat melakukan perkara
tersebut dengan sempurna.Persoalannya adakah kita termasuk
di dalam golongan hamba-hamba yang ikhlas...? Tepuk dada tanya diri,
ikhlaskah aku dalam melakukan sesuatu perkara.Rasulallah S.A.W contoh teladan,
mengajak manusia mentauhidkan Allah subhanahuwataala tanpa mengenal erti sengsara,
sanggup berkorban harta nyawa demi Agama yang di cintai.Keikhlasan Baginda terbukti
dengan tersebarnya agama islam keseluruh pelusuk bumi..
Hadis.."InamalAkmalubinniah" Sesungguhnya segala amalan itu hanya dikira dengan niat.
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa betapa pentingnya niat.
Yang dimaksudkan dengan niat disini ialah niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah.
Sesungguhnya Allah tidak akan menerima niat seseorang itu tanpa ada keikhlasan dalam diri.Bukan niat di hati untuk berceloteh,sekadar peringat pada diri yang dhoif lagi hina, peringatan untuk hamba-hamba yang dahagakan peringatan.Pesan Nabi S.a.w ..
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat...Janganlah jadi seperti orang yang lokek untuk berkongsi ilmu.Allah akan menggandakan ilmu yang diperolehi.
Menurut Abi Barzah ra , Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud : " Tidak berganjak kaki seseorang hamba sehingga ditanya 4 perkara , umurnya kemana dihabiskan , ilmunya apa yang dibuat dengannya , hartanya dari mana diperolehi
dan ke mana dihabiskan, dan jasadnya, bagaimana digunakan .( kata al-Tirmiziy ia adalah hasan sahih )Allah tidak menciptakan manusia itu secara sia-sia . Firman Allah taala lagi mafhumnya yang bermaksud : "Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan
tidak dihidupkan menerima balasan)?"(al-Qiyamat : 36) .Allah mengurniakan nikmat banyak nikmat. Nikmat yang dianugerahkan ini perlu disyukuri . Dalam kenyataan Nabi mengingatkan kita kepada nikmat yang besar sahaja iaitu ; umur , ilmu ,
harta dan kesihatan . Semua aktiviti yang dilakukan manusia sebenarnya terbatas dalam keempat perkara ini .Perkara kedua yang disentuh oleh hadith yang mulia ini ialah ilmu . Masa merupakan kehidupan seperti yang dijelaskan oleh banyak intisari ayat-ayat al-Quran. Ilmu pula merupakan unsur kehidupan
yang paling penting . Ayat-ayat Quran meletakkan kemuliaan manusia yang menyebabkan malaikat perlu sujud kepadanya ialah disebabkan anugerah ilmu yang diberikan kepadanya .
Firman Allah taala yang bermaksud : "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? ".
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" .Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat
lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".(al-baqarah : 30-31)
Firman Allah taala lagi yang bermaksud :
"Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.".(al-Rahman : 3)

Dengan ilmulah menyebabkan manusia terselamat dari belenggu kesesatan dan kerugian di dunia dan akhirat .
Al-Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitab tasawwufnya yang hebat bahawa hati boleh mati jika tidak mendatangi majlis ilmu melebihi 40 hari .
Sampaikanlah ilmu yang merupakan amanah Allah secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan..InsyaAllah kita selamat dunia dan akhlas.
Sekian dulu dari saya...

Read more Daie Ooh daie..


LuaHan Hati SeoRang InsAn...........

Kisah ini aku dapat dari seorang teman untuk di kongsi bersama.Kepada tuan punya coretan ini aku ingin mohon kebenaran untuk di post di blog ini.Harap dapat memberi manfaat kepada rakan2 di luar sana.....

Wahai teman-teman sekalian,


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.


Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.


Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.


Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.



Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu.



Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan.



Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.



Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.



Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya.



Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.


Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.



Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.



Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.



Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.





"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."



"Not a single phrase, nor a word."



"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family comes from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."



Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.



Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya.



Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.



Ummi berkata:



"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.



Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.





Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.




Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.



Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.



Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.





"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."



Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.
_________________
keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyallah..







Lelaki idaman saya...;-)


Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

Kisah ini aku dapat dari seorang sahabat aku...
Sent by email from Syarifah Nur Farhana


Category: Writing and Poetry

Harap2 bermanfaat untuk korang kat luar sana.

Read more LuaHan Hati SeoRang InsAn...........


Syeikh Abdul Qadir Jailan


Part 1


Biodata Syeikh Abdul Qadir Jailan

Nama : Syeikh Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qodir bin Abu Saleh Jank Dausat bin Abi Abdillah bi Yahya Az Zahid bin Muhammad bin Daud bin Musa bin Abdulah Al-Mahd bin Hasan Al Mutsanna Ibnul Hasan As Sibth bin Ali bin Abi Tholib suami Siti Fatimah Binti Muhammad Rasululloh SAW

Dilahirkan pada tahun 470 Hijrah di Kota GIlan kota terpencil pelosok Tabaristan Iran..

• Guru-guru beliau Syeikh Abul Wafa Bin Aqeel,Muhammad Bin Hassan al-Baqillani dan Abu Zakariya Tebrezi
• Syeikh Abul Khair Hammad bin Muslim al-Dabbas dan Kadi Abu Said Makhrami antara guru-guru tasawuf beliau.
• Hidup dalam keluarga yang mementingkan ilmu dan takwa
• Wafat pada usia genap 91 tahun masihi beliau wafat tepatnya pada tanggal 11 Rabiul Akhir tahun 561 Hijrah

Beliau adalah tokoh tasawuf terkenal..
Semasa bayi beliau tidak mahu menyusu di waktu siang bulan Romadhon, sebagai pemeliharaan Allah SWT atasnya.
Sejak kecil lagi beliau dididik untuk sentiasa bercakap benar.Pada suatu hari beliau pergi mengembala kambing di suatu kawasan.Tiba-tiba beliau terpandang suatu cahaya dari langit dalam lambaian memanggil beliau.Beliau terus pulang ke rumah dan menceritakan perkara tersebut kepada ibu beliau.

Setelah itu Ibu beliau berkata kepada beliau sudah tiba masanya untuk kamu pergi menuntut ilmu..Sebelum bermusafir ibunya memberikan wang sebanyak 40 dinar dan berpesan kepada beliau supaya bercakap benar walau apa pon terjadi.Ibunya melepaskannya pergi dengan hati yang ikhlas.Beliau pon pergi bersama rombongan ke Baghdad.

Dalam perjalanan ke Baghdad,rombongan tersebut singgah seketika di perkampungan kaum Hamdan.Tiba-tiba berlaku sesuatu rompakan..Sekumpulan perompak menahan beliau dan salah seorang dari mereka menanyakan kepada beliau.”Apa yang kamu bawa?”Beliau menjawab,”wang 40 dinar.” Perompak itu terkejut.Datang pula seorang perompak yang lain dan bertanya soalan yang sama.Beliau menjawab wang 40 dinar.Perompak tersebut berasa hairan lantas beliau di bawa bertemu ketua perompak.Soalan yang sama di ajukan kepada beliau dan jawapan yang sama di jawab.”40 dinar wang……”Di mana ianya di letakkan.Beliau menjawab,di bawah jahitan bajuku..
Akhirnya ketua perompak berkata kepada beliau,mengapa kamu bercakap benar..Beliau menjawab,sebelum berpisah ibuku berpesan agar aku sentiasa bercakap benar dan aku tidak mahu menghianati janjiku kepada ibuku…
Dengan tiba-tiba, ketua perompak itu menjerit jerit serta mengoyakkan pakaiannya dan berkata, Ya Allah, kamu takut menghianati janjimu kepada ibumu,sedangkan aku tidak takut menghianati janjiku kepada Tuhanku..Tanpa berlengah dia mengarahkan semua harta rampasan di pulangkan semula kepada pemilik harta-harta tersebut. Sekarang aku bertaubat bertaubat di hadapanmu gulam..Perubahan itu turut di rasai oleh pengikut-pengikutnya lantas mereka berkata kepada ketua perompak itu,Kamu adalah ketua kami pada masa kita sama-sama merompak.Pada hari ini kamu adalah ketua kami ketika kita sama-sama bertaubat.Cuma ada segelintir dari meraka yang tidak bertaubat..
Setelah itu rombongan tersebut memulakan perjalanan..Sebelum syeikh sampai ke baghadad, satu perkara berlaku.Sebelum ini Baghdad di landa kemarau dan setibanya syeikh di sana membawa rahmat.Hujan turun dengan lebat.Seluruh baghadad bergembirah dengan turunnya hujan..Beliau berguru dengan guru-gurunya yang telah di sebutkan di atas.Beliau menjadi murid kesayangan gurunya.
Setelah bertahun-tahun menuntut ilmu beliau di amanahkan oleh guru-gurunya untuk mengajar.Sejak dari itu beliau di gelar Syeikh oleh murid-muridnya..Beliau mengajar tanpa jemu sehinggakan setiap majlis beliau di penuhi oleh manusia yang dahagakan ilmu..Begitulah keberkatan dan keiklasan beliau dalam menyampaikan ilmu.


Part 2
Kelebihan Dan Karamah.

# - Menurut satu riwayat,Ayeikh Abdul Kadir Jailani menceritakan beliau pernah di datangi syaitan dalam bentuk cahaya yang terang benderang dan berkata,” Wahai Abdul Kadir,aku adalah Tuhanmu dan bermula saat ini aku halalkan kepadamu apa yang telah aku haramkan sebelum ini.”Beliau terus berkata,”aku berlindung dengan Allah.Nyahlah engau wahai iblis.

Tiba-tba suasana menjadi gelap dan cahaya terang sebentar tadi bertukar menjadi gumpalan asap.Ketika itu juga beliau terdengar suara berkata,”Wahai Abdul Kadir,aku sudah menyesatkan 70 orang ahli sufi dengan cara ini tetapi kamu terselamat kerana ilmu dan ketakwaanMu.As-Syeikh terus berkata tidak,” aku terselamat kerana rahmatAllah.
Setelah beliau menceritakan kisah ini,seorang hamba Allah bertanya kepada beliau bagaimana Syeikh mengetahui iti suara iblis.Berkata As-Syeikh,”Apabila dia mengatakan dia telah menghalalkna segala yang telah di haramkan aku mengetahui bahawa itu adalah kerja iblis..

# -Syeikh sufi Syeikh Sihabuddin Umar As-Sahrawardi dalam kitab ‘Awarif al-Ma’arif bab 21 meriwayatkan, “Di antara para ulama ada yang menanyakan kepada Syeikh Abdul Qadir ,mengapa engkau menikah ?’. Beliau menjawab, ‘Aku tidak memiliki niat untuk menikah sampai Rasulallah SAW berkata kepadaku, “Menikahlah engkau”.
Dinukilkan dari Syeikh Abdul Qadir bahwa beliau pernah berkata, “Aku pernah menginginkan isteri pada suatu waktu hanya saja aku tidak ingin menikah karena khawatir akan menghabiskan waktuku. Akhirnya aku bersabar hingga Allah menganugerahkan 4 isteri kepadaku yang sesuai dengan keinginanku”.
Ibnu Najjar dalam kitab tarikhnya meriwayatkan bahwa ia pernah mendengar Syaikh Abdul Qadir berkata, “Anakku ada 49 orang, 27 diantaranya adalah lelaki dan lselebihnya perempuan.”
Al-Jaba’i meriwayatkan, Syeikh Abdul Qadir berkata, “Jika anakku lahir, aku mengulurkan tangan mengendongnya seraya berkata, “ini adalah mayit”. Kemudian aku mengeluarkannya dari hatiku. Sehingga apabila ia meninggal maka hal tersebut tidak mempengaruhiku “. Al-Jaba’i meriwayatkan juga bahwa anaknya baik lelaki mahupun perempuan ada yang meninggal pada saat beliau sedang mengajar, dan beliau tidak menghentikan (jadwal) pengajaran tersebut. Beliau tetap naik ke atas kursinya dan mengajar, sementara tukang memandikan mayat sedang memandikan anaknya. Setelah selesai mayat anak tersebut dibawa ke majlisnya dan beliau turun kemudian mensolatkannya

# -Al-Hafid Abu Izza Abdul Mughist bin Harb Al-Baghdadi dan yang lainnya berkata ” kami biasa hadir pada majlis Syeikh Abdul Qodir di ribathnya di Baghdad. Pada kebiasaanya yang hadir pada majlis beliau adalah para Syeikh di Iraq diantaranya ; Syeikh Alibin Hiti, Baqa bin Bathu’, Abu Sa’id Al-Qailawi, Musa bin Mahin , Abu Najib Assahrawardi, Abu karam, Abu Umar, Utsman Al Qursyi, Makarim al-Akbar, Mathar, Jaakir, Khalifah, Shidqah, Yahya Murtasyi, Ad-diya Ibrahim al-Juwaini, Abu Abdulah Muhammad al-Qazwaini, Abu Ustman, Umar Ak-Batiahi, Qadib Al- Baan, Abul Abas Ahmad Al-Yamani, Abu Abas Ahmad Al-Qazwaini beserta muridnya Daud yang selalu melaksanakan Solat fardhu di Makkah, Abu Abdulah Muhammad Al-Khas, Abu Umar, Ustman Al-Iraqi As-Syauki, yang konon merupakan salah seorang Rijal Ghaib ….dan lain sebagainya.
Dalam satu majlis Syeikh berkata “Kakiku ini ada di punggung setiap Wali”. Setelah mendengar kalam tersebut lantas Syeikh Alibin Hiti terus bangkit dan meletakkan kaki Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani di pundaknya. Begitu pula dengan yang lain, mereka telah mengulurkan pundaknya untuk melaksanakan hal tersebut.

Syeikh Abdullah Al-Ashbahani Al-Qamari Al-Jabali berkata, “Pada suatu malam yang terang rembulan aku melihat para penghuni pegunungan Libanon sedang berkumpul kemudian terbang ke Iraq dalam kelompok demi kelompok. Akupun bertanya kepada sahabatku yang merupakan salah seorang dari mereka tentang penyebabnya, dia menjawab, “Khidir as”, Memerintahkan kami untuk mengunjungi Baghdad dan menghadap seorang Quthb.” “Siapa Quthb tersebut ?” “Syeikh Abdul Qadir ra.”, jawabnya. Kemudian aku memohon kepadanya untuk ikut bersama. Sahabatku mengabulkan permintaanku dan akupun pergi bersamanya tebang di udara. Tak lama kemudian kami tiba di Baghdad dan aku telah melihat para penghuni Jabal tersebut telah berbaris di hadapan Syeikh. Pemimpinnya memanggil Syeikh dengan sebutan Tuanku. Beliau memberikan perintah kepada mereka kemudian menyuruh mereka untuk kembali. Maka mereka pun terbang ke tempat asalnya. Aku berkata kepada sahabatku, “Adab dan cepatnya kalian melaksanakan apa yang diperintahkan beliau belum pernah aku melihat sebelum ini”. “Saudaraku,” jawab sahabatku. “Bagaimana kami tidak melaksanakan perintah itu kepada orang yang berkata, “Kedua kakiku ini ada di punggung setiap wali Allah”. Kami telah diperintahkan untuk menghormati dan mentaatinya’”.

# -Para ulama dan para syeikh memuji dan mengagungkannya serta sangat menjaga sopan santun ketika berada di majlisnya.
Murid Syaikh Abdul Qadir tidak terhitung banyaknya, mereka adalah orang-orang yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Tidak seorangpun dari mereka yang meninggal dunia kecuali dalam keadaan bertaubat dan 7 generasi dari murid pertamanya masuk surga.
Al-Jaba’I berkata bahwa Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani juga berkata kepadanya, “tidur dan bangunku sudah diatur”. Pada suatu saat, dalam dadaku timbul keinginan yang kuat untuk berbicara. Begitu kuatnya sampai aku merasa tercekik jika tidak berbicara. Dan ketika berbicara, aku tidak dapat menghentikannya. Pada saat itu ada dua atau tiga orang yang mendengarkan perkataanku. Kemudian mereka mengkhabarkan apa yang aku ucapkan kepada orang ramai, dan mereka pun berduyun-duyun mendatangiku di masjid Bab Al-Halbah. Karena tidak mungkin lagi, aku dipindahkan di tengah kota dan dikelilingi dengan lampu. Orang-orang tetap datang di malam hari dan memakai lilin dan obor dan memenuhi tempat tersebut. Kemudian aku dibawa keluar kota dan ditempatkan di sebuah mushalla. Namun orang-orang tetap datang kepadaku, dengan mengendarai kuda, unta bahkan keledai dan menempati tempat disekelilingku. Saat itu hadir sekitar 70 orang para wali RadhiAllahu anhum.
Ada yang bertanya kepada beliau Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani RA. ” Sejak bila engkau mengetahui bahwa dirimu adalah wali Allah” maka beliau menjawab “ Aku berusia 10 tahun ketika melihat para malaikat berjalan di sampingku saat aku berangkat ke sekolah/ madrasah. Dan setibanya di sana para malaikat tersebut berkata “Berikan jalan bagi Wali Allah” sampai aku duduk. Pernah suatu hari seseorang lewat di hadapanku dan dia mendengar para malaikat mengatakan hal tersebut . Dia bertanya kepada salah seorang malaikat tersebut “ada apa dengan Anak kecil ini ?” Malaikat berkata “Ini sudah ditakdirkan dari Baitul Asyrof (rumah paling mulia-Arsy). Beliau bekata “Anak ini akan menjadi orang besar . Dia telah diberi anugerah yang tidak dapat ditolaknya, dibukakan hijabnya, dan telah didekatkan”. Empat puluh tahun kemudian baru aku mengetahui bahwa orang tersebut adalah salah seorang Wali Abdal (ketua para wali Allah).

# -Diriwayatkan dari Syeikh Abdullah An-Najjar bahwasanya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pernah berkata, aku pernah di uji dengan ujian yang berat, “Jika banyak ujiaan yang menimpa diriku, aku berbaring di atas tanah dan berkata, ‘Sesungguhnya sesudah kesusahan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesusahan ada kemenangan’. Dan ketika aku bangun perbagai dugaan tadi telah pergi dariku”.

Saat beliau mengetahui bahwa menuntut ilmu adalah wajib hukumnya, dan merupakan ubat bagi jiwa yang sakit, beliau bertekad untuk menguasainya. Maka beliau pergi kepada para imam-imam dan para Syeikh sufi untuk mempelajari ushul dan furu’ sampai beliau menguasai semua itu. Diantara guru-gurunya dalam bidang ushul dan furu’ fiqhiyah adalah Abu Wafa’ Ali bin ‘Aqiil Al Hambali, Abu Khitab Makfudz Al-Kalwadzaani Al-Hambali, Abu Hasan Muhammad bin Qadhi Abu Ya’la Muhammad bin Al-Husain bin Muhamad ibnu Fara’ Al-Hambali, Al-Qadhi Abi Sa’id- Al Mubaarok Al-Machzuumi Al Hambali. Kemudian beliau belajar adab (sastra) dari Zakariyah Yahya bin Ali At-Tabrizi.
Syeikh Abdullah Al-Jaba’I meriwayatkan bahwa Syaikh Abdul Qadir bercerita kepadanya, “suatu ketika timbul keinginan yang kuat dalam hatiku untuk keluar dari Baghdad karena suburnya fitnah yang tumbuh. Akupun mengambil catatankku dan menggantungkannya di pundakku kemudian menuju Bab Al-Halbah untuk meninggalkan Baghdad menuju padang pasir. Tiba-tiba aku mendengar sebuah suara berkata kepadaku, “mau ke manakah engkau ?”. Dan sebuah dorongan yang membuatku terjatuh. Kemudian suara itu kembali berkata, “kembali, orang-orang akan mendapatkan manfaat dari keberadaanmu “. “apa peduliku dengan makhluk lain , aku keluar demi keselamatan agamaku” jawabku. Suara tersebut kembali berkata, “kembaliilah dan engkau akan mendapatkan keselamatan agamamu”‘.
Syeikh Abu Abbas Al-khidir Al-Huasini Al-Moushuli bercerita, “pada suatu hari aku menyaksikan khalifah Al-Mustanjid Billah Abu Mudzafar Yusuf bin Abu Abdullah Muhammad Al-Abbasi mendatangi Syeikh Abdul Qadir”.
“ku ingin sesuatu dari karamah”. Pintanya kepada Syeikh
“Apa yang engkau inginkan ?”. Tanya beliau.
“Aku menginginkan sebuah apel yang datang dari alam ghaib.” Sedangkan pada saat itu bukanlah musim apel. Syeikh Abdul Qadir mengulurkan tangannya ke udara dan tiba-tiba di dalam tangannya terdapat dua buah apel. Salah satu dari kedua buah apel tersebut diberikan kepada khalifah. Kemudian beliau membelah apel yang ada di tangnnya maka tampaklah daging buah yang putih segar dan berbau harum. Sang khalifah juga melakukan hal yang sama terhadap apel yang diberikan kepadanya, ternyata yang keluar dari buah tersebut adalah cacing dan berbau busuk.
“Apa maksudnya ini?” Tanya khalifah.
“Apel yang ada di tanganmu itu dipegang oleh tangan orang yang zalim oleh karena itu sebagaimana yang engkau saksikan, yang keluar adalah cacing. Sedangkan yang ini dipegang oleh tangan kewalian sehingga yang keluar adalah yang baik”.
Syeikh Abu Su’ud Al-Harimi meriwayatkan pada suatu hari di tahun 521 H Abu Mudzafar Al-Hasan bin Na’im seorang pedagang datang menghadap Syeikh Hammad Ad-Dabbas dan berkata, “Aku telah menyiapkan sebuah kafilah yang membawa barang dagangan senilai 700 dinar untuk berangkat ke Syam.”
“Jika engkau berangkat pada tahun ini maka engkau akan terbunah dan semua hartamu akan dirampas”. Kata Syeikh.
Si pedagang itupun pulang dengan perasaan sedih. di tengah perjalanan ia bertemu Syeikh Abdul Qadir –yang ketika itu umurnya masih muda- dan menceritakan apa yang dikatakan Syeikh Hammad kepadanya. Syeikh Abdul Qadir berkata kepadanya, “Berangkatlah pada tahun ini engkau akan pergi dan pulang dengan selamat dan mendapatkan keuntungan yang besar. Akulah yang menjadi jaminannya”.
Pedagang tersebut pun pergi ke Syam. Di sana barangnya laku seharga 1000 dinar. Ketika hendak pulang, ia berhenti di suatu kawasan (hendak membuang hajat) di tempat pemandian umum. Ia meletakkan wangnya di atas tempat pemandian umum tersebut dan lupa untuk mengambilnya. Tidak lama kemudian, ia berasa nmengantuk dan tertidur. Di dalam tidurnya ia melihat seolah-olah ia sedang berada di dalam rombongan kafilah. Tiba-tiba datanglah perampok menyerang kafilah tersebut dan membunuh semua orang yang ada di dalam kafilah itu. Dia melihat dirinya ditebas pedang di padang pasir. Saat itulah ia terbangun dengan nafas terengah-engah dan mendapatkan bekas darah dan rasa sakit akibat tebasan pedang di lehernya. Dia kemudian teringat wang yan di letakkan di trmpat tersebut. Maka kembalilah ia ke sana dan mendapati wangnya masih tetap berada di tempatnya.
Setelah mengambil wang tersebut ia kembali ke Baghdad. Di dalam hati ia berkata, “Jika aku menghadap Syeikh Hammad terlebih dahulu, maka beliau yang lebih tua. Jika aku menghadap Syeikh Abdul Qadir sesungguhnya perkataan beliaulah yang benar.” Dia memutuskan untuk menemui Syeikh Hammad terlebih dahulu. Sesampai di pasar Sultan, ia bertemu dengan Syeikh Hammad Ad-Dabbas dan Syeikh Hammad langsung berkata kepadanya, “Temuilah Syeikh Abdul Qadir terlebih dahulu. Dia adalah orang yang dicintai Allah. 17 kali dia mendoakan dirimu memohon kepada Allah sehingga Allah menjadikan terbunuhnya engkau hanya diganti dalam keadaan mimpi, dan hilangnya hartamu yang disebabkan oleh kesilapanmu juga hanya terjadi di dalam mimpi”.
Kemudian ia mendatangi Syeikh Abdul Qadir. Sebelum ia mengucapkan sesuatu, Syeikh Abdul Qadir berkata kepadanya terlebih dahulu, “Syeikh Hammad telah berkata kepadamu bahwa aku memohonkan engkau kepada Allah sebanyak tujuh belas kali. Demi keagungan Allah, sesungguhnya aku memohonkan engkau kepada Allah tujuh belas kali, kemudian tujuh belas kali, kemudian tujuh belas kali, sampai semuanya berjumlah tujuh puluh kali sehingga Allah menjadikan semua yang ditakdirkan-Nya terjadi atas dirimu di alam nyata, (terbunuh dan kehilangan harta) –hanya terjadi didalam mimpi.



*** Kisah ini disebutkan dalam Tarbiyyatul Aulad FIl Islam Karangan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan

*** Saviours of Islamic Spirit oleh Syeikh Abul Hasan Ali NAdwi

Moga2 ada manfaat dari kisah ini...

Waallahu'aklam..

Read more Syeikh Abdul Qadir Jailan

:: Please leave a comment after linking... Thank you! ::



Mutiara Kata untuk Renungan



Saiyidina Ali karamahullah wajhah pernah berkata….
Hiduplah dengan cara yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan di matikan.


Berkasih sayanglah dengan sapa yang kamu sukai, tetapi ingat kamu akan berpisah.


Sesungguhnya kemuliaan seseorang terletak pada Qiamullainya. Kehebatan seseorang tidak bergantung pada orang lain


MANUSIA YG PALING TINGGI KEDUDUKANNYA ADALAH YG TIDAK MELIHAT KEHEBATANNYA,DAN YG PALING MULIA DIKALANGAN MEREKA ADALAH ORANG YG TIDAK MELIHAT KELEBIHANNYA…..

[Renung2kan lah]
1. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.


2. Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.


3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya.


4. Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian di antara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.


5.Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia.


6.Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa

Blog List

::Malaysia::

.:: Archive ::.






free counters

..................................................................

Web hosting for webmasters